“Tak Payah Nak Jadi Da Kyung In Real Life” Kesiannya, Han So Hee Dibenci Rakan
Mya Amri
17/07/2020 12:22 MYT
17/07/2020 12:22 MYT
Pelakon drama popular The World Of The Married, Han So Hee akui penangan watak Yeo Da Kyung cukup meninggalkan kesan buat dirinya.
Disebabkan keberkesanan lakonannya, So Hee mendedahkan keluarga dan rakan-rakan turut membenci dirinya.
“Ramai yang kata jika watak jahat yang kita lakonkan menerima kritikan atau dibenci orang bermakna itu merupakan satu pujian.
“Namun disebabkan saya berada pada posisi di mana saya perlu membawakan watak sebagai perampas suami orang, perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Selain penonton, saya juga menerima lebih banyak kebencian daripada keluarga dan rakan-rakan. Mereka memberikan komen supaya saya tidak menjadi atau hidup seperti Da Kyung,” katanya.
Jangan lupa saksikan The World Of The Married bermula malam ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi