Artis Korea
Tak Sabar! Akhirnya Gary Bakal Muncul Dalam Program Realiti Selepas Running Man
Bekas anggota Running Man, Gary akhirnya bakal muncul dalam program reality terbaharu berjudul Cash Back.
Menurut laporan TVDaily, berita itu disahkan sendiri oleh pihak tvN dan dijadualkan bersiaran sekitar Ogos depan.
Selain Gary, dua lagi selebriti iaitu Kim Yo Han dan Na Tae Joon akan muncul dalam episod pertama Cash Back.
Pihak tvN juga mengesahkan, walaupun mereka dipanggil sebagai tetamu jemputan namun kebarangkalian untuk kembali dalam rancangan itu ada sekiranya berjaya malakukan misi yang diberikan.
Program ini merupakan rancangan realiti sukan berskala besar dengan ruang lebih 42,000 kaki persegi.
Cash Back juga melibatkan tiga atlet dari enam sukan berbeza yang bertanding di peringkat kebangsaan. Sukan-sukan yang dimaksudkan adalah sukan ais, bola keranjang, ssireum (gusti tradisional Korea), gimnastik, polo air, dan seni mempertahankan diri.
Mereka akan diberi tanggungjawab sebagai ketua untuk memberikan tunjuk ajar tentang permainan dan pemenang akan menerima hadiah.
Untuk pengetahuan, Cash Bask disiarkan buat pertama kali untuk episod khas iaitu juruterbang pada April lalu dan menerima respon positif penonton.
Mengambil kira respon berkenaan, program itu kemudiannya dikembangkan menjadi sebuah program biasa.
Dalam perkembangan terbaharu, Gary kini terlibat dengan program reality keluarga terbitan KBS berjudul The Return Of Superman bersama anak lelakinya, Kang Ha Oh.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video