Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Sampai 10 Minit, Fanmeeting EXO Sehun Terpaksa Dibatalkan! Lebih Kapasiti, Hampir 20,000 Hadir

Mya Amri
07/11/2022 05:42 MYT
Gara-gara melebihi kapasiti yang ditetapkan, acara bertemu peminat salah seorang anggota K-Pop popular iaitu EXO Sehun terpaksa dibatalkan.

Sehun dijadualkan untuk bertemu peminat dalam acara One Memorable Day With Scientist Ganteng Oh Sehun di sebuah pusat membeli-belah pada Ahad.

Acara ini diadakan oleh salah satu brand penjagaan kulit lokal, White Lab yang menjadikan Sehun sebagai duta produknya.

Pada acara tersebut, pihak penyelenggara juga sudah memasang penghadang besi untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Namun sementara menunggu kehadiran Sehun, peminat dilihat sudah memenuhi ruangan yang disediakan dan juga di bahagian luar.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun disebabkan terlalu ramai, Sehun hanya muncul sebentar dalam lingkungan tujuh minit untuk menyapa peminat sebelum pihak polis membatalkan acara itu untuk keselamatan.

Terdahulu, konsert kumpulan K-Pop terkenal, NCT 127 di Indonesia pada Sabtu juga terpaksa dihentikan dipertengahan acara kerana didapati lebih 30 orang penonton pengsan akibat terlalu sesak.

Kredit main foto: @dosassykyungsoo / Tasyabira

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.


#Exo #Indonesia #Fanmeeting #Artis Korea #Jakarta #Dibatalkan #EXO Sehun #Sehun