Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sangka Walaupun Kacak, Rupanya Cha Eun Woo Jarang Gunakan Cermin

Mya Amri
19/07/2022 15:04 MYT
Mungkin ramai yang tidak percaya namun sebenarnya pelakon kacak Korea, Cha Eun Woo jarang menggunakan cermin.

Ketika ditanya apa yang difikirkan tentang wajahnya ketika melihat cermin, Eun Woo menjawab:

“‘Mmm… (Adakah muka saya) agak bengkak hari ini? Ini soalan paling sukar untuk dijawab kerana saya tidak kerap menggunakan cermin,” katanya.

Perkara itu didedahkan Eun Woo dalam satu temu bual bersama Vogue Korea baru-baru ini.

Selain itu, anggota kumpulan K-Pop ASTRO ini juga mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan tekanan.

Kata Eun Woo, dia gemar menunggang basikal sambil menghirup udara segar dan itu merupakan rutin hariannya sekiranya tidak mempunyai sebarang aktiviti di dalam jadual kerjanya.

Antara rutin lain yang gemar dilakukan adalah menikmati makanan enak selepas melakukan senaman, menonton televisyen dnegan selesa di ruang tamu atau membaca skrip.

Dalam perkembangan terbaharu, Eun Woo kini dilantik sebagai duta jenama mewah terkemuka iaitu Dior Beauty.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Cha Eun Woo #Artis Korea Kacak #Dior Beauty
;