Pelakon vateran Korea, Byun Hee Bong dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Menurut laporan media Korea, Hee Bong dilaporkan meninggal dunia pada 18 September lalu akibat kanser pankreas.

Menurut keluarga mendiang, penyakit kanser pankreasnya diisytiharkan sembuh selepas menjalani rawatan namun sakitnya kembali berulang.

Pada tahun 208, Hee Bong pernah berkongsi mengenai penyakitnya menerusi program variasi terbitan tvN berjudul What About My Age.

Hee Bong menyatakan apabila mendapat tawaran berlakon dalam drama Korea terkenal berjudul Mr. Sunshine, dia memutuskan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Selepas pemeriksaan itu, dia menerima laporan diagnosis menghidap kanser pankreas dan menjalani rawatan selama setahun.

Mendiang sebelum ini sangat terkenal dalam kalangan peminat drama Korea di seluruh dunia sebagai datuk kesayangan K-Drama.

Gelaran itu diberikan kerana Hee Bong sering membawakan watak datuk yang kebanyakannya dalam siri drama popular antara My Girl (2005 -2006), My Girlfriend is Gumiho (2010) dan juga filem Okja (2013).

Dilahirkan pada tahun 1942, Hee Bong bekerja sebagai pelakon teater terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya seninya pada tahun 1966 dan debut sebagai pelakon suara di stesyen televisyen Munhwa Broadcasting Corporation (MBC).

Sumber: SOOMPI / KOREABOO