Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tertarik Dengan Suasana Kedai Serbaneka” – Sempoinya, Ini Sebab Ji Chang Wook Berlakon Backstreet Rookie

Mya Amri
16/06/2020 12:23 MYT
Pelakon Korea, Ji Chang Wook mempunyai sebab istimewa menerima tawaran berlakon untuk drama terbaharunya berjudul Backstreet Rookie.

Menurut Chang Wook selain mahu berkerja dengan pengarah drama itu, dia tertarik dengan suasana kedai serbaneka.

“Saya sebenarnya ingin bekerjasama dengan pengarah Lee Myung Woo dan saya juga tertarik dengan suasana ketika berada dalam kedai serbaneka. Rasa seperti ada tempat yang istimewa.

“Sebab kedai serbaneka sentiasa ada bersama kita, dalam kehidupan harian kita, dengan lampu dan kedai yang dibuka selam 24 jam.

“Secara tidak langsung kedai serbaneka telah menjadi tempat penting bagi mereka yang memerlukan sesuatu dan mencari barangan dengan tenang.

“Saya mahu lakukan yang terbaik untuk watak Dae Hyun yang menghabiskan masa remajanya di dalam kedai tersebut.

“Dan saya juga merasakan yang saya sangat seronok membawakan watak Dae Hyun. Dia merupakan seorang yang sangat lurus dan mudah tidak kira sama ada dari segi kerjaya mahu pun cinta,”katanya dalam satu temu bual.

BACA: Tiada Lagi Raja Kacak! Backstreet Rookie, Ini Dia K-Drama Baharu Pengganti The King Internal: Monarch

Chang Wook akan membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut.

Backstreet Rookie akan menemui penonton pada 19 Jun ini.

Drama ini juga akan ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI pada tarikh yang sama, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam.


Terdahulu, Backstreet Rookie ini merupakan adabtasi webtoon popular Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea #Ji Chang Wook #Backstreet Rookie