Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Namun apa yang menarik perhatian pengikutnya adalah tema hari jadinya ‘menggunakan’ pelakon terkenal Korea, Park Seo Joon.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Dian mengucapkan terima kasih kepada suami dan rakan-rakannya untuk kejutan tersebut.

“Suami terbaik. Sangat beruntung memiliki awak. Teruntuk yang tetap tabah saat aku gila K-Drama. Untuk setiap malam saya merampas televisyen dengan siri-siri drama Korea.

“Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang melayan kegilaan saya.

“Terima kasih teman-teman gilaku, kejutan yang paling kelakar dan terpaling gembira. Terharu saya, memang tak sangka langsung. Lengkap dengan sepanduk Park Seo Joon tu,” tulisnya.

A post shared by Dian Sastrowardoyo (@therealdisastr)


Dalam pada itu ruangan komen Dian juga dipenuhi dengan ucapan selain peminat menyukai tema hari jadinya.