Tiba-Tiba Dah Bersalin, Han Bom Ada Sebab Sembunyi Hamil - “Saya Buat Persembahan Tapi Sorok Perut”
Mya Amri
25/12/2023 09:55 MYT
25/12/2023 09:55 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi Korea iaitu Han Bom dilaporkan selamat menimang cahaya mata baru-baru ini.
Menurut laporan MBN, Han Bom akan meninggalkan program berjudul Hyun Yuk Ga Wang untuk menjalani proses berpantang.
Difahamkan Han Bom juga telah selesai menjalani penggambaran untun episod akhir program berkenaan.
Berkenaan dengan kehamilannya, laporan media mengatakan usia kandungan Han Bom sebenarnya sudah mencecah sembilan bulan semasa menjalani penggambaran untuk program nyanyian itu.
Dalam pada itu, Han Bom berkata dia mempunyai sebab tersendiri merahsiakan tentang perkara itu.
“Saya telah menyanyi secara duet sejak sembilan bulan yang lalu. Saya fikir jika saya mendedahkan tentang kehamilannya ini, saya akan kehilangan persembahan dan juga pertunjukan.
“Saya telah membuat persembahan sambil menyembunyikan perut saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Han Bom dilaporkan berada dalam sihat dan semakin pulih selepas melahirkan anaknya.
Penyanyi itu juga telah membatalkan semua jadualnya untuk memberikan fokus terhadap anak buat sementara waktu.
Han Bom sebelum ini memulakan kerjayanya pada tahun 2010 dan menjadi semakin dikenali selepas muncul dalam pertandingan trot iaitu Last Chance pada tahun 2020.
Sumber: KOREABOO
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia K-Pop dan segala yang berkaitan tentang Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: KOREABOO
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia K-Pop dan segala yang berkaitan tentang Korea, layari GEMPAK CHINGU