Artis Korea

Tunang Hamil Dan Bakal Berkahwin, Chansung Umum Hanya Keluar Agensi Bukan 2PM

gempak
Mya Amri
16/12/2021
14:51 MYT
Sponsor Banner
Tunang Hamil Dan Bakal Berkahwin, Chansung Umum Hanya Keluar Agensi Bukan 2PM
Berita mengenai status pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan anggota 2PM, Chansung ternyata mengejutkan peminat.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Chansung menerusi coretan panjang di akaun Instagramnya.
Hantaran tersebut menyatakan Chansung sebenarnya sudah lama menjalinkan hubungan bersama wanita kesayangannya itu namun tidak berniat untuk mendedahkan identitinya.
“Saya memulakan aktiviti ketika saya berumur 17 tahun dan 15 tahun telah pun berlalu. Banyak yang telah berlaku, terdapat banyak kenangan.
“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada HOTTEST (gelaran peminat) yang telah mencipta kenangan berharga. Saya ingin memberitahu anda tentang perubahan dan kebahagiaan dalam hidup saya.
“Ada seseorang istimewa yang saya telah menjalinkan hubungan dengan lama. Insan ini menjadi tempat penenang di kala hati saya tidak stabil, dia juga merupakan seorang rakan yang saya boleh berkongsi apa sahaja perkara sejak dahulu dan dia menjadi teman wanita saya.
“Sewaktu merancang perkahwinan dengannya selepas saya tamat khidmat ketenteraan, rezeki kami tiba lebih awal tanpa dijangka dan kami merancang untuk berkahwin seawal tahun depan.
“Kami sangat berhati-hati kerana dia masih berada di peringkat awal kehamilan tetapi saya berkongsi berita ini kerana saya rasa saya patut beritahu anda semua terlebih dahulu.
“Pasangan saya bukan bekerja dalam bidang seni seperti saya jadi saya berharap anda semua memahami dan tidak mendedahkan dirinya,” coret Chansung.
Bagaimanapun ramai yang tertanya-tanya mengenai kontrak Chansung bersama agensinya, JYP Entertainment, dan ini penjelasannya.
“Kontrak saya bersama JYP Entertainment yang saya telah berkhidmat selama 15 tahun akan berakhir pada Januari depan.
“Saya telah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan syarikat itu untuk memilih haluan sendiri. Tambahan pula keluarga saya akan bertambah jadi kami mencapai kata sepakat untuk tidak memperbaharui kontrak saya.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan keutamaan kepada masa depan saya dan syarikat saya memberi restu dengan keputusan yang dibuat.
“Haluan saya masih belum diputuskan lagi namun saya akan berkongsi perkembangan saya untuk tidak menimbulkan kebimbangan peminat.
“Saya akan terus bekerja dengan lebih kuat sebagai anggota termuda 2PM, Chansung dan juga pelakon Hwang Chansung,” jelasnya.
Diharapkan dengan penjelasan ini tidak ada lagi salah faham mengenai status Chansung sebagai anggota 2PM ya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live