Nama pelakon Adriana Adnan hangat diperkatakan apabila dia didakwa memotong barisan untuk bertemu pelakon Korea popular, Park Seo Joon baru-baru ini.

Tidak hanya Adriana, nama sahabat baiknya juga iaitu pelakon, Yaya Zahir turut menerima tempias yang sama.

Bagaimanapun Adriana memberi kenyataan menerusi ruangan komen di akaun Instagram miliknya bagi menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Adriana dakwaan individu berkenaan sama sekali tidak benar dan apa yang berlaku itu hanyalah salah faham.

“Tak potong line lah. Yaya datang 7.30 pagi dan saya sampai beberapa minit selepas dia sebab tiket saya
tercicir.

“Milo PR team tahu kami menyertai peraduan dan panggil siap sedia tepi kaunter untuk buat content diorang (foto dan video) dan diorang yang izinkan kami masuk dahulu kerana kami membantu mereka dengan content.

“Untuk pengetahuan, Yaya mengandung lapan bulan dan saya teman dia tunggu tepi.

“Yaya duduk dekat kerusi KFC dan saya berdiri sepanjang masa betul-betul di sebelahnya. Tidak ada yang salah dengan itu kan?” jelasnya.



Dalam pada itu, Adriana juga berharap tiada lagi timbul salah faham mengenai perkara tersebut kerana mereka juga memasuki peraduan secara adil bagi bertemu dengan Park Seo Joon.

“Tolong saya beritahu ‘orang complain’ untuk bersangka baik, kami menang peraduan secara adil dan saksama sama seperti yang lain.

“Kami sampai dan menunggu berejam sama seperti mereka. Orang yang tunggu di barisan depan mesti tahu dan nampak semua ni. Mereka juga meminta untuk mengambil gambar,” tulisnya.

A post shared by ADRIANA ADNAN (@adrianaadnan)


Terdahulu, Seo Joon hadir ke Malaysia bagi mempromosikan kolaborasi Milo x Park Seo Jun dengan hashtag #PSJSahabatMILO yang berlangsung di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Acara itu juga turut diraikan oleh 300 pemenang peraduan Jom Minum Milo bersama Park Seo Jun di Malaysia dan juga ratusan pengunjung di Sunway Pyramid.

Selain itu, 20 peminat bertuah termasuk Adriana mendapat peluang untuk bergambar selain tanda tangan Seo Joon.