Artis Korea

“Untungnya Siapa Jumpa” - Kim Seon Ho Tunai Janji Jalan-Jalan Di KLCC

Mya Amri
21/08/2023
04:37 MYT
Pelakon terkenal Korea, Kim Seon Ho menunaikan janjinya untuk mengunjungi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Tidak hanya KLCC, malah Seon Ho juga mengikuti cadangan peminat untuk mengambil angin di lokasi menarik seperti Dataran Merdeka.
Aktor yang membintangi drama hit Hometown Cha Cha Cha ini juga turut memuat naik beberapa foto di akaun Instagram merakamkan dirinya sedang tersenyum ketika berada di dua lokasi berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Seon Ho kerana mengunjungi KLCC dan Dataran Merdeka.
Antara komen yang diterima:
“Mesti dia terkenang momen masa fanmeeting di Malaysia,”
“Untungnya siapa yang jumpa, aku dah lah baru keluar KLCC ni,”
“Oppa! Terima kasih kerana datang ke dua lokasi ikonik di Malaysia. Miss you,”
“Terima kasih oppa! Datang Malaysia lagi please…”
Untuk pengetahuan, kunjungan Seon Ho ke Malaysia adalah untuk menghadiri sesi bertemu peminat 2023 Kim Seon Ho Asia Tour One, Two, Three, Smile yang diadakan di Mega Star Arena, Bukit Bintang pada Jumaat.
Malah semasa acara itu sedang berlangsung, Seon Ho sendiri menyatakan hasrat untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur termasuklah KLCC.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai

gempak
23/04/2024
10:06 MYT
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Artis Korea

Pandai Berbahasa Melayu, Cha Eun Woo Siap Panggil Sayang! Buat Peminat Makin Jatuh Hati

gempak
25/02/2024
05:55 MYT
Pandai Eun Woo cakap Melayu tau.
Viral

Peniaga Selamba Berniaga Jagung Bakar Depan KLCC, Netizen Harap DBKL Buat Pantauan

gempak
01/01/2024
08:55 MYT
Berniaga tu tak salah, cuma tempatnya tak kena
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...
Laman Utama

M.Nasir Bawa Gendang Pati Datang KL!

gempak
05/09/2023
12:38 MYT
Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023