Figura terkenal Korea Selatan, Rain bakal membuat kemunculan semula menerusi drama terbaharu berjudul Ghost Doctor.

Perkara itu disahkan oleh labelnya, Sublime Artist Agency baru-baru ini.

Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon akan memainkan peranan sebagai watak utama iaitu Dr Cha Young Min, seorang doktor yang genius tetapi sombong dan berlagak.

Ghost Doctor akan diarahkan oleh Boo Sung Chul yang sebelum ini terkenal dengan naskah drama seperti The Heirs dan Our Gap Soon.

Ghost Doctor merupakan drama terbaharu Rain selepas kali terakhir muncul dalam drama terbitan MBC berjudul Welcome 2 Life pada tahun 2019.

Drama ini juga diterbitkan oleh Bon Factory yang sebelum ini banyak menerbitkan drama hits seperti Master’s Sun, What's Wrong With Secretary Kim, Encounter dan She Was Pretty.

Drama ini dijadualkan tayangannya pada Jun depan.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu

Sumber: Soompi/Allkpop