Awesome ENT selaku agensi yang menaungi aktor popular Korea Selatan, Park Seo Joon memberi maklum balas terhadap khabar angin mengenai hubungan cinta aktor mereka dengan Lauren Tsai, aktres dan model asal Amerika Syarikat (AS).

Bercinta

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Awesome ENT berkata, Park Seo Joon berada di luar negara baru-baru ini bagi menghadiri sebuah acara untuk satu jenama yang turut mengundang ramai artis dan figura daripada pelbagai bidang.

"Kami mohon pengertian anda kerana tidak dapat memberikan pengesahan tentang sebarang aspek daripada kehidupan peribadi dia di luar informasi tentang kegiatan rasminya," ungkap kenyataan yang dikeluarkan oleh agensinya.

Khabar angin mengenai hubungan Park Seo Joon dan Lauren Tsai mula menjadi bahan bualan selepas keduanya terlihat sedang bersama di Jepun dan dilihat memuat naik foto yang diambil daripada lokasi yang sama.

Untuk rekod, Lauren Tsai merupakan aktres dan model kelahiran 1998 yang dikenali menerusi penampilan dalam Terrace House: Aloha State dan Legion.

Sementara itu, Park Seo Joon yang sebelum ini membintangi drama bersiriGyeongseong Creature bersama Han So Hee bakal tampil dalam musim kedua acara realiti Jinny’s Kitchen 2.

Sumber: Antara News

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon Disaran Pembedahan Plastik Kerana Tidak Cukup Kacak Jadi Selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu Berejam Sama Seperti Mereka” - Dakwaan Potong Line Jumpa Park Seo Joon Tak Benar, Adriana Jelaskan Ini Yang Berlaku