Tadi masa aku tengah drive abah aku bercerita kat aku pasal masa dia koma dan selepas dia sedar dari koma. Tak semua orang dapat peluang kedua dari Allah.

Abah koma sebulan lebih. Masa abah koma, dia kata Tokwan aku which is ayah abah, datang tanya. Dah ready ke nak ikut dia pergi tinggalkan dunia?



Then dia kata, ada “orang” bawak dia pergi Padang Masyar, nak tunjuk berapa ramainya manusia dekat sana tengah tunggu amalan dorang untuk di hisab. Aku macam what the ***

Lepas tu abah kata dia nampak neraka dan syurga. Panasnya neraka tu terlampau panas, manusia yang kena masuk neraka ni, kena humban macam tu je sampai kat neraka tu bau hangit kulit manusia kena bakar.

Abah kata dia takut sangat masa tengok manusia kena humban masuk neraka sebab semua meraung raung jerit tak tahan kena seksa dalam neraka. Abah aku mention lagi, ramai dalam neraka tu sebab suka buat mulut. Cerita benda tak betul sana sini.

Lepastu dia kata dia nampak syurga pula. Dia kata taman kat syurga tu semua cantik dan luas. Dia nampak tempat moden ‘high-tech’ lagi. Aku cam serius lah dalam syurga ada macam tu.

Abah aku banyak cerita pasal apa yang dia nampak dekat neraka je, syurga tak sangat. Pastu dia cerita masa dia sedar je dari koma tu, dia kata dia dahaga yang teramat sangat.

Abah mintak nurse nak minum air. Tapi dia kata nurse tak bagi, sebab lungs abah ada infection dengan berair. Tapi ada nurse yang baik, dia bagi je.

Abah aku dah dahaga sangat, ya lah sebulan lebih koma mana tak dahaga. Abah kata nurse tu bagi air kat dia pun, dengan letak air dekat kapas then bagi abah aku minum. Korang bayangkan lah macam mana dia minum masa tu.

Abah kata, masa dia dapat setitis air tu, nikmat dia punya lah gila gila gila gila gila sedap yang teramat. Ni abah aku cakap sendiri ya dari mulut dia. Dia kata takda air yang paling sedap selain dari air kosong bila sedar dari koma tu.

Pastu dia kata lagi, ada 3 malam berturut-turut cahaya masuk dalam bilik CICU abah. Abah kata tu malaikat yang datang tunggu masa nak cabut nyawa abah.

Bila setiap malam cahaya tu masuk dalam bilik abah, abah kata dia takut sebab dia tak ready lagi nak pergi. Dia akan berzikir dan doa bila setiap kali cahaya tu datang. Abah mintak peluang untuk dipanjangkan umur lagi. Masuk malam ke 4 dan so on, cahaya tu dah tak datang.

Kalau nak ikutkan, memang chance untuk abah nak hidup tu tipis, accident teruk kot. Internal injury semua banyak. Tulang hancur lagi. Tapi Allah tu maha mengasihani, so abah dapat peluang untuk hidup lagi.

Pastu abah aku pesan, hidup dekat dunia ni kena la selalu buat benda baik. Bersedekah ke, tolong orang ke, apa apa benda baik lah. In shaa Allah, Allah tolong kita balik. Member abah semua tak percaya yang abah hidup lagi.



Terima kasih juga dekat korang, sebab masa aku tweet haritu ramai yang doakan abah aku. So now abah tengah recovery lagi, boleh la jalan sikit sikit guna tongkat. Boleh lah sara family lagi before aku nak kerja ni.

Tu je la yang aku boleh share dekat korang. Ingat geng, buat baik selalu. Thanks again sebab pernah doakan abah aku. Tuhan je dapat balas kebaikkan korang. You guys are awesome!

Kredit Gambar: Twitter @HuzairyHasry

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @HuzairyHasry. Perkongsian beliau mendapat lebih 24,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]