,
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Ada 'Pervert' Ambil Gambar Aku Senyap-Senyap!" - Wanita Trauma

Gempak Spot
17/02/2020
00:23 MYT
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @shazzainuddin berkongsi kisah bagaimana dia diekori seorang lelaki yang mengambil gambarnya tanpa pengetahuan dan kebenaran daripadanya.
Wanita sekalian alam, berhati-hatilah dengan lelaki pervert. Takutnya ada pervert ambil gambar aku senyap-senyap tadi time shopping.
Phone pegang kat bawah lepas tu ikut je mana aku pergi. Padahal aku pakai jubah hitam kot. Siap berjalan dengan suami aku. Berani dan gilanya orang macam ni.
Alhamdulillah suami aku perasan. Dia saje biar aku jalan ke depan sebab nak usha telefon dia. Sekali kantoi dok snap senyap-senyap.
Kena maki terus kat situ jugak mamat tu. Suami aku paksa dia bukak phone. Wehh banyak lagi gambar wanita-wanita lain.
Ahjumma yang pakai baju memang style makcik-makcik pun kena. Ni fetish kategori apa siut? Seram gila. Aku trauma.
Kepada wanita semua, mata korang kena alert bila berjalan. Perhati tengok kalau ada lelaki yang sedang pegang phone lain macam. Phone tinted, brightness paling rendah. Itu yang aku kena. Kalau orang dok ikut semacam dari belakang tu hati-hati.
Padahal tadi banyak kali aku dok bagi ruang kat mamat tu supaya jalan dulu. Sebab aku memang jenis tak suka ada orang dok jalan follow belakang. Tapi lepas tu dia follow dari area lain pulak.
Perempuan pakai seksi ke pakai jubah ke bertutup ke, tapi kalau dapat kat lelaki yang tak reti nak tutupkan pandangan dan kamera phone ni memang tak kemana jugak gila dia. Entah kalau pakai telekung pun sama jugak ke apa. Aishh seram. Sis trauma, okay. Trauma!
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @shazzainuddin dan mendapat hampir 13,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

gempak
12/09/2021
13:51 MYT
Perkongsian tersebut diluahkan menerusi platform media sosial
Semua | All

#GempakSpot: Dari Bermotif Dendam Hingga Delusi, Ini 3 Kisah Pembunuhan Tragis Individu Popular Dunia

gempak
29/08/2021
12:45 MYT
Jangan sesekali mengikut aksi tidak bermoral ini
Semua | All

#GempakSpot: Beraksi Di Final Olimpik Tokyo 2020, Kenali Sisi Lain Penerjun Nur Dhabitah Sabri

gempak
01/08/2021
01:50 MYT
Dhabitah terkenal sebagai seorang yang murah senyuman
Laman Utama

#GempakSpot: Cabaran Belanja Dengan RM100, Apa Yang Isi Rumah Dapat Saat Sukar Berdepan Pandemik?

gempak
12/07/2021
13:50 MYT
Nilai wang bergantung kepada keperluan seseorang
Semua | All

#GempakSpot; Tolonglah Saat Ini, Semuanya Sensitif Dari Makan Durian Sehingga Tarbiah Mengaibkan

gempak
05/07/2021
14:20 MYT
semoga Allah sayang kita semua
Unitar