Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Ada Tidur Kejap, Tapi Dapat Beramal. Ada Tidur Lama, Tapi Terlepas. Semuanya Berkait Keberkatan Masa"
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun @najmihakimi_ yang bercerita mengenai keberkatan masa. Semoga kita dapat iktibar daripada perkongsiannya.
Ada orang tu, dia tidur sekejap je. Tapi dengan tidur sekejap tu, dia boleh bangun malam & solat subuh di awal waktu.
Ada orang yang lain, dia tidur lama. Bukan sahaja tidak sempat bangun malam, malah subuh juga tersasar.
Semuanya bersangkut paut dengan keberkatan masa.
Secara umumnya, segala amalan yang baik dapat memberi kesan keberkatan pada masa seseorang.
Semakin banyak amalan yang dilakukan dengan ikhlas semata kerana Allah, semakin bertambah berkat masa seseorang.
Antara contoh amalan yang boleh mengundang keberkatan pada masa adalah:
1) Istiqāmah dalam beramal sālih.
2) Rajin-rajinkan diri membaca, memahami dan mentadabbur al-Qur'ān.
3) Menjaga hubungan sesama manusia, ibu bapa terutamanya.
4) Memperbanyakkan bersadāqah dan lain-lain.
Semakin berkat masa seseorang, semakin banyak perkara yang dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Antara tanda hilangnya keberkatan masa pada diri seseorang adalah masa yang panjang sekalipun tidak dapat dimanfaatkan kearah kebaikan.
Kredit Gambar: Ali Arapoğlu
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @najmihakimi_ dan mendapat hampir 3,000 Retweet dan hampir 5,000 Likes. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Must-Watch Video