Education | Pendidikan

#GempakSpot: “Aku Dah Anggap Dia Macam Mak Kat Uni” - Pelajar Ini Kutip Sumbangan Untuk Makcik Cleaner

gempak
Gempak Spot
02/10/2019
07:19 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: “Aku Dah Anggap Dia Macam Mak Kat Uni” - Pelajar Ini Kutip Sumbangan Untuk Makcik Cleaner
Ada satu makcik cleaner blok aku, baik orangnya. Selalu tegur and greet student. Ceritanya, dia teringin sangat nak ada jam baru sebab jam RM30 buy 1 free 1 dia sekarang rosak and stuck forever pukul 8:30 sebab masuk air dan terhentak masa cuci toilet kolej.
Dia pun kadang-kadang selalu kena tinggal van masa balik kerja sebab lost jam pukul berapa. Dia cakap dekat aku dia teringin sangat nak ada jam water resistance sebab selalu cuci toilet. Dia pun selalu usha aku punya mi band sebab ramai jugak student recommend dekat dia tapi dia tak mampu since dia ibu tunggal.
Dan aku plan nak hadiahkan jam baru dekat dia tapi kekurangan bajet sebab sekarang tengah final year. Apa kata kita buat collection untuk beli jam baru buat makcik cleaner yang baik hati dan nanti saya pergi belikan untuk dia. Kita sedekah atas nama sumbangan twitter. Kalau takda yang derma, ahh aku kumpul duit jugak belikan dia jam baru.
Jarang aku nak buat collection dengan orang lain tapi makcik ni dah macam mak-mak jaga student so aku dah anggap dia macam mak dekat uni. Kalau nak buat sumbangan boleh through bank in or dm terus, nanti saya screen shot every sumbangan yang kita dapat okey! Terima kasih.
Sebelum aku mulakan next update, siapa yang nak aku cover nama dia boleh dm aku. Mulanya aku tak nak cover nama and try to be crystal clear since ni just mini collection and bukan fund raising. Update before ni aku akan repost and tutup nama yang request. Terima kasih!
Hi guys, ini donation yang kita terima. Saya repost donation untuk respect privacy donaters. Alhamdulillah 26/9/2019. 12:15pm. Kita berjaya collect RM600+. Yang dekat bawah is gambar transaction masuk. Nama ada repeat sebab screen tak muat. Final amount nanti saya update lagi.
Malam nanti saya pergi beli, just nak mintak pandangan dari semua, since duit ada lebih, andal rasa patut saya beli jam untuk semua cleaner atau beli untuk makcik tu sahaja and duit lebih bagi dekat dia. Ni duit korang, so koranglah decide.
Mungkin bagi cash lagi better. Mungkin dia boleh guna duit tu untuk beli barang sekolah anak dia atau benda lain, atau kita buat dua-dua. Barang dapur dan cash?
27/9/2019. 12:01am. Aku dah delete tweet number account dan jumlah akhir yang anda dermakan adalah RM790. Alhamdulillah lebih dari yang kita sangka. Those yang dm aku nak donate it’s okay. Yang deduction merah is aku baru balik dari beli jam makcik tu dan kotak dia.
So plan dia memang nak beli xiaomi, dah masuk kedai dan consult dengan abang tu tapi since duit donation lebih, aku rasa better beli yang elok sikit untuk dia dan water resistance. Lagipun xiaomi perlu recharge battery dan install app so susah kalau makcik tu nak guna.
Jadi aku decide untuk beli jam yang elok sikit untuk dia. Total balance ada RM489. Ahad nanti aku pergi supermarket untuk beli barang dapur untuk semua makcik cleaner. Nanti receipt dan gambar dengan makcik tu aku sambung dekat thread ni. Again terima kasih guys.
Guys, saya dah bagi jam baru dekat makcik tadi. Lepas ni saya share video. Dekat situ rupanya ada dua cleaner balu and banyak anak kecik tengah sekolah. Ahad nanti saya dengan member pergi beli barang dapur dorang. Alhamdulillah kita kongsi rezeki jumaat. Thanks semua!
Sedikit ucapan buat makcik cleaner yang baik hati. Aku khususkan pemberian daripada rakan rakan twitter. Dia terharu and dia kirim salam dekat semua dan dia cakap terima kasih sebab first time dia dapat jam yang elok. Maaf sebab tulisan dalam bahasa sarawak
Aku baru habis kelas pagi tadi and cun makcik tengah sapu corridor aku terus rushing dan pass dekat dia. Mula-mula dia tolak tapi aku pujuk sebab hadiah bukan dari aku tapi kawan kawan twitter hadiahkan so dia macam slowly ambik. Okay so ni video borak dengan dia. Basically aku explain everything lah dekat dia. Sorry aku tak boleh expose muka makcik untuk jaga privacy dia, lagipun bukan dia yang mintak. Aku yang initiate collection ni sebab kesian dengan dia.
Apapun suara kenalah lembut cakap dengan orang tua. Okay, jam makcik dah settle, the remaining duit RM519 aku akan beli barang dapur untuk makcik dan cleaner lain, ada jugak cleaner lain yang ibu tunggal dan balu. Kita cuba tolong mana yang boleh okay! Nanti saya update lagi. 29/9/2019. 9:05pm. Yeay dah beli barang dapur. Tak sangka boleh beli banyak barang. Kita berjaya beli barang dibawah untuk 8 orang makcik:
1. Beras 10kg 2. Maggie 2x 3. Minyak masak 1kg 4. Tepung 2x 5. Gula 2x 6. Green beg
Shout out to @zuhairaasyamimi tolong angkat beras
Selesai sudah pembelian barang dapur untuk makcik-makcik. Esok saya akan serahkan dengan wakil makcik cleaner untuk diagihkan. Lebihan duit saya akan serahkan kepada makcik buat belanja anak anak.
Dengan ini saya akhiri thread ini dengan ucapan terima kasih banyak banyak kepada donaters dan kawan-kawan yang banyak membantu semada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kita sama sama dimurahkan lagi rezeki. Assalamualaikum and bubyee!
Kredit Gambar: Mahathir Twitter @madermn
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Mahathir menggunakan akaun Twitter @madermn. Perkongsian beliau mendapat hampir 7,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live