Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Aku Ibarat Hanya Seperti Menumpang Di Rumah Sendiri"

gempak
Gempak Spot
25/08/2020
01:30 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Aku Ibarat Hanya Seperti Menumpang Di Rumah Sendiri"
Kisah ini dihantar oleh Ayris adriana untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Assalamualaikum. Maaf andai coretan ini ada yang sakit hati dan benci. Ini pengalaman aku sendiri sebagai seorang anak, adik, seorang menantu kepada keluarga mertua. Aku anak kelima dari 10 orang adik beradik. Kehidupan aku sederhana sahaja. Ayah aku pesara askar manakala ibu aku hanya suri rumah.
Bayangkan kehidupan kami yang adik beradik ramai tapi Alhamdulilah rezeki sentiasa cukup. Mungkin didikan ibu bapa aku yang tidak memewahkan anak-anak. Cuma disini, aku ingin bercerita mengenai hidup aku. Aku sering dipinggirkan oleh kakak-kakak aku.
Semasa umur aku dalam 10 tahun,aku kerap kena marah oleh kakak aku yang sulung hanya kerana bertanya soalan sahaja. Kadang-kadang jiwa aku memberontak, menangis. Mak aku pun aku nampak dia selalu lebihkan adik perempuan bawah pada aku.
Ya, aku akui adik aku pandai orangnya tak macam aku sebab aku diajar buat kerja rumah, masak. Tapi adik perempuan aku, tak penah mak aku marah kalau dia tak mahu buat kerja rumah. Sampai kami pernah bergaduh. Aku penat tapi aku yang disalahkan. Kenapa?
Banyak yang ketara jikalau nak dibandingkan. Aku nampak kasih sayang orang tua aku seperti pilih kasih. Pernah aku terasa nak bunuh diri sebab kecewa dengan keluarga sendiri. Tapi aku sedar, Allah ada. Sampailah aku kuat dengan sendiri. Pujuk hati ini sendiri.
Walaupun meningkat dewasa dan sudah berkahwin, sama sahaja layanan mereka kepada aku. Aku ibarat hanya menumpang di rumah sendiri. Hati, jiwa, perasaan aku sudah lali dan aku hanya berdoa kepada Allah agar aku terus kuat. Biarlah apa pun yang mendatang, aku tetap sayangkan keluarga aku.
Kepada ibu bapa, kakak, abang dan adik, janganlah ada perasaan pilih kasih, pilih bulu antara anak-anak atau adik beradik. Kesannya cukup panjang dan boleh jadi sakit jiwa dan mental. Sekian. Maaf andai penulisan aku ini tidak teratur.
Kredit Gambar: Keluarga Iskandar The Movie
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh Ayris adriana untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live