Life as an Engineer, aku rasa, overrated. Engineer tidak se-cool yang disangka, tidak seindah seperti yang dicerita.

Bergantung juga kepada field. The main point is, engineer, is not a happy person. Ini adalah sedikit cerita ringkas, yang terjadi pada tahun lepas.

Masa aku kecik, aku ada dua orang pakcik yang bergelar sebagai engineer, sorang Mechanical Engineer, sorang Electrical Engineer.

Aku tengok diorang hidup mewah. Jadi sejak kecil, aku pasang niat untuk jadi engineer macam diorang. Kena dengan niat, aku memang minat mathematics, dan physics.

Masa aku masih di bangku persekolahan, aku suka buat pengiraan, aku suka bermain dengan formula, aku suka lukis-lukis pakai engineering tools,

Aku pernah tanya pakcik aku, kerja engineer ni macam mana? Pakcik aku gelak je. Lepas tu dia cakap, “Penyelesai masalah.”

Aku tanya lagi, “Masalah apa? Masalah macam mana?”

Dua jawab, “Semua masalah.”

Aku tanya lagi, “Engineer ni baiki mesin ea?”

Dia jawab, “Tak la. Dia kena pastikan mesin tu berfungsi dalam jangka masa yang lama.”

“Kalau kereta, dia kena pastikan kereta tu selamat dan selesa digunakan.”

“Kalau bangunan, dia kena pastikan bangunan tu kukuh dan selamat.”

Aku jadi makin teruja. Aku tak sabar nak jadi engineer. Aku tak sabar nak explore semua benda tentang segala teknologi dan heavy machinery,

Aku tak sabar nak bermain-main dengan motor, manual, dan segala bentuk gauges yang ada dalam dunia ni.

Oh how naive i was. Seorang remaja yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Akhirnya, aku berjaya menjadi seorang engineer.

Sekarang, dah hampir 5 tahun aku jadi engineer.

Aku tak pernah menyesal jadi engineer. This is my dream. Kalau undur masa lagi sekali pun, aku tetap akan jadi engineer.

Cuma, Engineering, tak treat aku, sebagai mana aku treat dia. Consume a lot of time, aku bagi seluruh hidup aku kepada engineering,

But it left me with nothing, but broken. Aku tak tahu aku cakap apa sekarang ni, aku cuma nak cakap, masa aku terlalu banyak dihabiskan kepada bidang ni, sampaikan aku terlepas banyak perkara.

Pergi kerja awal pagi, balik malam. Commitment yang tinggi. Aku rasa kosong. Aku dapat apa yang aku nak, tapi semua yang aku ada ni, tak mampu untuk isi rasa kosong tu.

Rasa tu, rasa kosong tu jadi lebih terasa, bila terjadi satu kejadian pada tahun lepas. Aku ingat lagi, August 2018.

Waktu tu, aku handle satu project. Project tu gila, project paling gila pernah aku handle. Aku tidur pukul 3 pagi, bangun subuh, terus gerak pergi kerja, setiap hari selama satu bulan,

Aku exhausted. Rambut dan jambang dah macam Johan Yassir, mata kuyu, badan lesu, lembik macam zombie. Waktu tu, aku lupa berapa kotak rokok aku hisap setiap hari. Paru-paru aku dah macam engine steam kereta api.

Dalam project tu, aku ada sorang buddy, senior engineer aku. Waktu tu, segala masalah, aku solve sama-sama dengan dia. Nama dia Razak.

Ada satu hari, kitorang dapat satu problem besar. Aku dengan dia, sama-sama brainstorming, selama satu hari, tapi tetap tak dapat solve problem ni,

Semua party serang kitorang, top management push kitorang setiap jam. Aku dah buntu waktu tu, Razak pun buntu,

Hari tu, pukul 7:00 PM. Aku keluar site, lepas meeting, keluar sama-sama dengan Razak. Muka kitorang dah lebam, lepas kena hadap top management yang hanya tahu, nak dengar solution.

Kitorang takde solution lagi, jadi kitorang decide, untuk balik dulu, fikir kat office. Masa dalam perjalanan balik, Razak drive, aku duk sebelah,

“Gat. Benda ni kena settle jugak malam ni. Tak kira la apa jadi sekalipun.” kata Razak,

Aku mengangguk.

“Aku penat Gat. Gila project ni. Aku tak pernah hadap project macam ni sebelum ni.”

“Kita fikir kat office nanti. Aku nak semua team ada. Nak semua kepala ada.” balas aku,

Masa tu, aku tengok muka Razak, dah merah. Jelas urat-urat stress kat dahi dia. Aku tengok, Razak macam nak menangis.

“Relax bro. Boleh lagi ni. Aku macam ada solution.” celah aku.

“Gat, aku kena balik rumah dulu.” ujar Razak.

“Asal? Tak sempat ni.” balas aku.

“Sekejap je Gat.. Aku kena balik kejap..”

“Okay, aku tunggu office. Kau nak balik, nak ambil apa?” tanya aku.

“Aku nak mengadu dengan bini aku.”

Damn. Damn, damn, damn.

Hahaha.

Mengadu dengan bini. Mengadu dengan bini, sebab kerja stress. Hahaha. Kau gelar diri kau engineer ke bro?

Hahaha.. Haha.. Ha..

Lemah. Stress sebab kerja, mengadu dengan bini. Lemah.

Aku hantar Razak balik rumah dia, kemudian, aku drive, balik office. Sambil aku nyalakan sebatang rokok, aku buka tingkap, aku hembus asap berdas-das.

Ngadu dengan bini. Huh, lemah.

Aku singgah shell

“Kling!” pintu Shell dibuka,

“Nak apa encik?” tanya gadis kaunter.

“Rokok. Dan nescafe ni.”

Kemudian aku keluar, aku masuk dalam kereta. Aku minum air nescafe, aku start engine kereta, aku drive, aku smoke lagi sekali,

Lepas 10 minit aku drive, aku park kereta aku tepi jalan, sebelah sebuah restoran. Situ gelap, orang tak nampak.

Aku buka pintu kereta, aku nyalakan sebatang rokok lagi. Aku call umi aku, aku cerita masalah kerja aku, walaupun dia tak faham.

Aku tutup panggilan Aku cuba scroll nama contact dalam phone aku. Aku cuba cari, siapa lagi yang aku boleh kongsi masalah aku.

Aku scroll, aku scroll perlahan-lahan, tapi, takde. Rasa kosong yang aku cakap tadi. Makin luas, makin terasa. Waktu tu, aku baru sedar, yang aku takde siapa-siapa untuk aku kongsi segala masalah aku.

Waktu tu, aku cukup sedar, bahawa aku, tiada, Isteri.

Bunyi agak cringe, tapi, aku rasa setiap lelaki memerlukan seorang wanita, to tell him that, “Everything will be okay.”

Razak, ada isteri yang boleh tenangkan dia, tapi aku, aku hanya ada sebatang rokok, dan segelas air tin nescafe, yang boleh diajak bersembang.

Dalam erti kata lain, aku, sorang-sorang.

Hahaha.

Dan sebenarnya, aku yang lemah. Bukan Razak. Luck aku dengan perempuan, cukup teruk, ditambah dengan kerja yang macam gini, double teruk.

August 2018, adalah bulan dan tahun yang sangat bermakna bagi aku, sebab akhirnya, aku sedar yang aku sedang mengejar benda yang salah.

Dan pada awal tahun 2019...

Mencari seseorang yang boleh berkongsi segala hal itu, bukan mudah, jadi, sambil-sambil tu aku cuba cari satu freedom, yang boleh menenangkan aku, iaitu bercerita.

Sebab hanya dengan bercerita, aku akan rasa lebih tenang dan bebas. Bebas dari kesibukan kerja.

I guess, I’m not the same person as i was 10 years ago. I guess, it’s time for me to grow up.

I love, telling stories so damn much. Searching for a wife is so damn hard, but i do have a lot of stories to tell.

So kids, sit down, buckle up.

Kredit Gambar: Twitter @megatlaw

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @megatlaw. Perkongsian beliau mendapat lebih 11,000 Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]