Hiburan

“Libatkan Kids Buat Housechores Tak Kejam Ya” - Mia Ahmad Mahu Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah

gempak
Mya Amri
08/01/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
“Libatkan Kids Buat Housechores Tak Kejam Ya” - Mia Ahmad Mahu Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah
Pelakon, Mia Ahmad memberi pendedahan awal kepada anak sulungnya, Sayf Issa mengenai cara-cara untuk membuat kerja rumah.

Tak kisah ajar anak buat kerja rumah

Mia berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Mia, melibatkan anak-anak dalam membuat kerja rumah bukanlah satu perkara yang kejam sebaliknya untuk mengajar mereka berdikari.
“Ajak Issa teman masak. Dia tolong buang kulit kentang. Lepas tu cakap dengan dia kita nak buat sup ayam.
“Kemudian dia masukkan dalam periuk. Cubaan pertama okay sahaja dia bubuh. Lepas dia rasa heat periuk tu dia lempaq ja kentang tu hahahahaha.

“Libatkan kids buat housechores tak kejam ya. In fact boleh tingkatkan keyakinan anak dan diorang belajar untuk jadi independent,” kongsinya.

Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:"Sedih Sangat Tapi..."- Pernah Alami Keguguran, Mia Ahmad Kongsi Amalan Hamil Semula Selepas Sebulan

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik…”- Mia Ahmad Kuatkan Hati

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024