Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @FakeLecturer berkongsi tentang Auto Life Insurance yang mungkin ramai tidak tahu. @zshafiq7 turut membantu memberi penerangan lanjut.
Kalau korang beli kereta, ambil auto life insurance. Bayar one time fee, lepas tu jika meninggal, kereta tu jadi percuma untuk waris. Tak adalah waris kena fikir mana nak cekau duit bayar bulan-bulan.
Untuk rumah pun ada insurance yang sama, dulu dipanggil MRTA/MLTA.
Kawan saya, bapa dia belikan rumah untuk dia di Bangi, dan bukan murah harganya. Unfortunately, (or fortunately, depending on how you view this) selepas dua tahun, bapanya meninggal dunia. Insurance cover the whole loan, basically dia dapat rumah tu percuma.
Saya beli sebuah kereta Vios pada tahun 2015 pada harga lebih kurang RM90,000. Auto Life Insurance lebih kurang RM480. Saya tak ada maklumat bagaimana perkiraan premiumnya. Jumlah RM480 tersebut tidak memberikan saya apa-apa faedah, tetapi secara tak langsung ianya menenangkan fikiran saya jika saya ditakdirkan meninggal awal.
MRTA pulak, untuk rumah saya dulu kena yuran sekali sahaja berjumlah RM10,000 kalau tak silap. Mungkin dia buat insurans tahunanperkiraan mengikut peratusan, tapi saya tak pasti.
Berbalik kepada kereta, ianya berlainan dengan insurans tahunan yang melindungi kemalangan tu. Kalau contoh ambil Auto Life dengan CIMB, tapi masa hidupkan cukai jalan dengan insurans tahunan dengan bank lain sekalipun, Auto Life tu tetap ada.
Kalau kereta dah habis bayar maknanya insurans tu pun tamat lah. Apa yang terjadi selepas itu, insurans tersebut tidak ada kesan apa-apa lagi, kerana tujuan insurans tersebut adalah untuk melindungi byaran bulanana hutang kereta tersebut.
Disclaimer:
Aku bukan ejen insurans. Hanya berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada tentang topik ini. Polisi mungkin dah berbeza sekarang jadi sentiasalah bertanya kepada wakil bank anda untuk maklumat terkini.
Seorang lagi pengguna Twitter, @zshafiq7 turut memberikan maklumat tambahan dalam thread yang sama.
Suka saya untuk tambahkan sedikit tentang MRTA dan MLTA.
MRTA-Mortgage Reduce adalah bayaran penuh. Harga murah. Tetapi berkurangan setiap tahun mengikut jumlah pinjaman.
Contoh: Rumah terms 35 tahun tapi kita dah bayar 30 tahun dan kita meninggal, MRTA hanya bayar baki pinjaman sahaja. Itu sahaja.
Manakala MLTA pula adalah Mortgage Level bayaran bulanan ataupun tahunan. Harga agak mahal sedikit in total.
Contoh: rumah terms 35 tahun tapi kita dah bayar 30 tahun dan kita meninggal, MLTA akan bayar semua jumlah yang diinsurankan. Maknanya kalau dia cover rumah tu 400k, pewaris akan dapat cash value 57k dan rumah percuma.
Since Takaful ada pakej untuk MLTA ni,mereka tawarkan untuk pembeli rumah mengambil bersama takaful. Saya percaya banyak bank mewajibkan caruman MRTA atau MLTA ni tapi kita boleh carum takaful sendiri tanpa ambil insurans rumah dari bank di mana ianya lebih murah dan jumlah yang diinsurankan adalah sama.
Moga bermanfaat dan jika ada kurang, boleh betulkan saya.
Saya adalah Executive Takaful Planner PruBSN.
Pesanan saya adalah jadikan hibah sebagai penganti pendapatan keluarga.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @Fakelecturer dan mendapat lebih 28,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Gempak Spot
Mon Feb 24 2020
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.