Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Angkara Pemandu Mabuk, Aku Kehilangan Ayah Dan Mak"
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @msymim_ yang kehilangan kedua ibu bapanya akibat pemandu mabuk. Kehilangan yang sangat memeritkan dan menggamit kembali kenangan apabila berita tentang hukuman terhadap pemandu mabuk dikongsi di media-media.
Malaysia bila lagi, dari tahun 2000 aku anak yatim piatu sebab pemandu lori mabuk langgar kereta ayah dan mak aku. 2019 masih ada lagi pemandu mabuk yang bawa kenderaan bahayakan orang. Masa tu umur aku 2 tahun, sekarang dah 21. Dibesarkan tanpa mak ayah, siapa tahu sakitnya ? Haihhh.
Kepada warga twitter di luar sana, yang masih ada mak ayah, jagalah mereka elok-elok, yang tengah gaduh tu, minta maaflah cepat-cepat, kalau ada mak ayah yang sakit, berebutlah jaga dia di kalangan adik beradik. Takut suatu saat nanti kau akan menyesal sebab dunia ni sekejap saja.
Advertisement
Bila semua dah berlalu, semua dah pergi, baru korang tahu apa makna kasih sayang sebuah keluarga. Aku rasa nak ceritalah pengalaman aku, korang nak dengar tak ek ? Sebab aku takda tempat nak cerita.
By the way, 16/11 adalah tarikh berlaku kemalangan tersebut, tahun 2000. Masa tu aku ada bersama keluarga dalam kereta bersama ayah, ibu, atuk dan nenek. Ayah bawa kereta, mak di belakang ayah, atuk sebelah pemandu dan nenek sebelah ibu. Ibu ketika itu sedang mengandung (adik aku), manakala aku dalam pangkuan nenek.
Dan kemalangan berlaku, cerita ini berdasarkan nenek aku yg cerita bila aku dah besar. Kereta separuh hancur, ayah 'pergi' di tempat kejadian, mak 'pergi' masa dalam perjalanan ke hospital, atuk dan nenek patah tulang (kaki, tangan dan lain-lain). Aku tersepit di bawah kerusi kereta sebelah pemandu.
Aku dibesarkan dengan nenek sampai umur awal 18 tahun (2016) iaitu tarikh nenek 'pergi'. selama aku duduk dengan nenek aku, setiap kali dia nasihatkan aku, "kalau nenek dah takde nanti..." aku terus bangun dari duduk, aku tak bagi dia habiskan ayat tu.
Sebab aku tak nak dia pergi. Bila dia sakit, aku masih buat perangai yang tak berapa elok, but still tak cross the line. And guess what, dia pergi masa aku tertidur kat rumah, masa tu tengahari, baru balik jaga dia kat hospital, punya menggelabah aku bawa motor.
Mata jangan cakap, air mata dah melimpah je, Yalah, sebab masa ayah dan mak aku pergi, aku masih kecil, aku tak dapat rasa sedihnya. Bila nenek aku pergi, depan mata, rasa dia terus, fuhh, sekali gus rasa sedih tu. Dan sekarang aku tinggal di rumah yang aku dibesarkan (rumah nenek).
Sepanjang aku tinggal seorang diri, dalam umur yang baru nak cari kerja, ada terfikir nak sambung belajar. Tapi aku tak rasa nak sambung sebab nanti akan lagi sedih sebab konvo sorang-sorang. Aku pernah konvo selepas 6 bulan nenek aku pergi dan makcik aku yang datang. Dia punya rasa memang lain.
Bila tengok orang lain senyum, gembira, keluarga ramai datang,adik beradik bawa bunga, selfie and stuff. Perasan yang kau akan tahu bila kau saja lalui. Kau tak lalui kau takkan tau. Jadi,lagi sekali aku nak ingatkan sayang mak ayah korang, dia dekat ke jauh, bila jumpa tu peluk kuat-kuat.
Korang yang masih ada mak ayah, sayangi mereka, aku rasa dah ulang 3 kali ni, tapi ia realiti, lagi-lagi zaman sekarang, mak tak bagi gadjet, toxic lah, aku tak boleh brain, tak boleh ke hidup sederhana, bersyukur lah sikit masih ada mak ayah, susah sangat ke? Duit boleh cari, kasih sayang?
Kalau kasih sayang boleh beli, aku keluarkan semua duit aku untuk beli. Tapi tak, kasih sayang sebuah keluarga lahir dari hati seorang ibu dan ayah. Jadi, korang sebagai anak ni, hargai kasih sayang mereka. Tu saja aku minta, bila semua dah tak ada, baru kau tau apa yg aku maksudkan.
Jadi dari cerita aku ni, aku harap korang dapat serba sedikit pengajaran, hargai mereka selagi mereka di sisi, yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan untuk kau perbaiki jadi lebih baik. Ingat! Jangan sesekali buat benda yang boleh mendekatkan kepada derhaka.
Jadi, jom kita sama sama ambil masa seminit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia.
Al- Fatihah
Kredit Gambar: energepic.com
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Tweet Syamim Ruhaidi menggunakan akaun Twitter @msymim_ dan mendapat lebih 44,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Must-Watch Video