Perkongsian seorang Pakar Psikiatris, Dr Rostam menggunakan akaun Twitter @zaidrostam tentang hakikat sebenar apa yang berlaku sekarang dalam keadaan pertambahan mereka yang positif dengan Covid-19.

Hakikatnya, dalam konteks pandemik sekarang ini, kami (paramedik dan doktor), bukanlah frontliners tetapi lebih kepada your last line of defence. Once you all kena, kami yang akan sambut. Once you all kena, you all cuma boleh doa janganlah you all masuk pesakit kategori 3,4 or 5.

Once you all kena, you all better doa kami masih mampu ambil you all dari rumah there and then dan bukan kena tunggu sehari atau lebih dari itu. Once you all masuk kategori 3-5, better you doa harap2 adalah cukup katil ICU back up untuk you.

Once you all masuk ICU, better you all doa, staf masih ada untuk jaga you 1 to 1 dan bukan 1 to 4 patients. Dan better you all doa staf yang jaga you tu belum burnout. Dan better you all doa siap-siap yang you masih ingat Tuhan masa nak masuk fasa nazak.

Dan better you all doa yang your love ones disaring secepat mungkin supaya mereka tak terlepas dari saringan awal. Dan better you all doa yang staf di primary care tak overwhelmed dengan lambakan kes untuk disaring, dikesan, diligan dan dimaklum secepat mungkin.

Dan better you all stop percaya yang kami boleh penuhkan semua hospital dengan kes COVID je unless you all percaya yang takde penyakit lain selain COVID akan berlaku 2021 ini.

Dan better you all sedar bahawa paramedik dan doktor tu manusia yang mereka juga ada keluarga yang walau macamana diorang jaga, mereka masih boleh dijangkiti di rumah sebab you all kena tahu bahawa jika seorang mereka kena, ada ramai staf lain akan kena kuarantin in one go.

Dan last sekali, better you all doa supaya kita tak terpaksa buat apa yang USA tengah pertimbang jika beban ICU terus meningkat: pilih mana satu yang kami nak tolong!

Alang-alang doa, doa juga. Usaha yang kami dah cadangkan terus buat. Percaya dengan teori konspirasi dan antivaksin bukan sebahagian dari usaha. Itu usaha untuk membawa kita ke laut dalam bersama-sama.

Kredit Gambar: CDC

Nota: Gambar utama adalah sekadar gambar hiasan semata-mata.

Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Psikiatris, Dr Rostam menggunakan akaun Twitter @zaidrostam dan mendapat lebih 9,000 Retweet serta hampir 10,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.