Perkongsian seorang doktor pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria di Twitter menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam mengenai perbezaan 'panic attack dan 'panic disorder' sangat berguna untuk kita semua.

Apa beza Panic Attack (Serangan Panik) dan Panic Disorder (Gangguan Panik)?

Cerita kali ini tentang dua keadaan yang sering disalah erti dan disalah guna tapi lazim berlaku.

Serangan panik ialah keadaan bila kita dapat rasa ketakutan yang dasyat secara tiba-tiba (sudden intense fear) tanpa ada punca yang spesifik. Kita akan alami tanda fizikal dan psikologi.



Tanda fizikal seperti berdebar, sesak nafas, berpeluh, sakit dada, ketar, nak muntah, rasa nak pitam.

Tanda psikologi seperti rasa hilang kawalan, rasa nak mati, takut yang melampau.

Biasanya akan mendadak dalam beberapa saat dan kemudiannya berkurangan dalam tempoh beberapa minit atau jam.

Serangan panik boleh berlaku kepada sesiapa dalam keadaan tertekan. Biasanya ia bersifat ringan dan sementara. Apabila emosi sudah okay, tiada lagi serangan panik.

Jika ia berlaku secara berulang, anda mungkin mengalami Panic Disorder (Gangguan Panik).

Gangguan panik berlaku apabila serangan panik berlaku secara berulang, diikuti dengan:

1. Anticipatory anxiety - sentiasa rasa takut pada serangan yang akan datang

2. Avoidance behaviour - mengelak situasi yang mungkin akan mendapat panik lagi seperti memandu contohnya.

3. Urusan hidup seharian berubah seperti takut untuk keluar seorang diri.



Gangguan panik perlu dirawat kerana ia mengganggu hidup dan boleh membawa kepada kemurungan.

Ia boleh dirawat dan individu mampu pulih.

Biasanya orang menyebut anxiety attack (serangan kebimbangan/kegelisahan) tetapi merujuk kepada serangan panik. Dalam Psikiatri tiada keadaan yang dipanggil serangan kebimbangan/kegelisahan.

Yang ada ialah Anxiety Disorder (Gangguan Kebimbangan/Kegelisahan), merujuk kepada semua penyakit dibawah kategori Bimbang/Gelisah. Gangguan panik salah satu yang termasuk di bawah kategori ini.



Kredit Gambar: Twitter @DrRozanizam

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Rozanizam Zakaria menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]