Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Bukan Dia Putus Asa Dengan Tuhan, Cuma Dia Sedang Proses Untuk Memahami"

gempak
Gempak Spot
02/12/2020
03:30 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Bukan Dia Putus Asa Dengan Tuhan, Cuma Dia Sedang Proses Untuk Memahami"
Untuk menjadi seorang pendengar yang baik buat ahli keluarga ataupun teman-teman yang mengalami masalah ataupun mungkin melalui saat-saat yang sukar bukanlah senang. Dr Akif Basri, seorang pakar Psikologi Klinikal berkongsi beberapi tips di Twitter miliknya, @akif_basri untuk menjadi pendengar yang baik.
Apa yang boleh kita cakap kepada orang yang nak meluah kepada kita?
1. Kalau you perlu someone to talk to, I ada. Anytime.
2. Sukarnya apa yang you alami ni. I mungkin tak boleh nak faham sepenuhnya, tapi I cuba.
3. Ada apa2 yang boleh I buat untuk bantu?
4. Kalau you perlu masa bersendiri, it's okay. Take your time. I'm here if you need me.
5. Terima kasih sangat share dengan I semua ni, sangat membantu I untuk faham apa yang you alami.
Nak jadi pendengar yang baik ni, ada konsep dan operasi yang perlu kita faham. Ianya satu skil komunikasi yang perlu kita belajar.
Sekarang saya tengah tulis buku tentang bagaimana kita nak respon bila ada orang perlukan kita. Kalau dah siap nanti saya roger.
Kalau ada yang mempersoalkan tentang Tuhan, dengar sahaja dulu dan beri dia masa untuk proses. Kebanyakan waktu bukannya dia dah putus asa dengan Tuhan, cuma dia sedang dalam proses cuba memahami apa yang berlaku. Jangan terus potong dia cakap.
Dengar tak semestinya kita bersetuju, cuma kita berempati dan beri dia ruang.
Kredit Gambar: mentatdgt
Nota: Gambar utama adalah gambar hiasan semata-mata
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri dan mendapat lebih 2,000 Retweet dan lebih 5,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live