Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Cinta Pertama Paling Indah, Paling Menyakitkan Dan Paling Dirindukan

gempak
Gempak Spot
12/08/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Cinta Pertama Paling Indah, Paling Menyakitkan Dan Paling Dirindukan
Kisah ini dihantar oleh Mek Ain untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Aku seorang manusia yang sukar untuk memberikan hati kepada sesiapa. Tetapi tanpa disangka, kisah persekolahan aku 4 tahun lepas telah menjadikan aku seorang manusia yang setia dengan cinta. Walaupun aku tahu, dalam dunia cinta, watak seperti aku sering disakiti tetapi hati ini tetap mahu berdetik dengan sinaran cinta.
Semuanya bermula pada 5hb Januari, 2016. Aku gelarkan dia 'tebu'. Kali pertama dia mengetuk pintu kelas aku, hati aku turut terketuk. Aku sangka perasaan itu hanyalah sekadar mainan sementara. Tetapi hari demi hari, aku melihat wajah dia. Dia duduk di hadapan barisan aku. Hati aku mula berdetik mahu melihat dia setiap hari.
Apabila aku dengan dia berada dalam kelas, aku sering memandang dia dan dia juga sama. Kami sering berbalas pandangan. Tetapi selama setahun kami satu kelas, tidak pernah sekali aku atau dia bertegur sapa antara satu sama lain. Aku hanya memandang dia dari jauh. Kadang-kadang, aku tertanya. Kenapa dia selalu membalas pandangan aku? Atau Adakah aku yang bodoh kerana mencipta soalan sebegitu?
Detik terus berlalu, akhirnya sampai juga ke penghujung tahun 2016. Apabila tiba 2017, aku dengan dia kelas yang berlainan tetapi aku dapat melihat dia juga kerana dia setiap hari lalu di hadapan kelas aku.
Hari Selasa. Hari di mana hati aku terluka. Dia melakukan sesuatu yang menyebabkan hati aku patah seribu. Keesokan harinya, aku tidak datang ke sekolah kerana peristiwa itu. Hari Khamis. Aku datang ke sekolah. Tanpa aku sangka, satu berita yang sangat merobek hati menyapa aku.
Aku menerima berita bahawa hari semalam adalah hari terakhir dia berada di sekolah itu. Ternyata, dia telah pindah daripada sekolah. Untuk kali pertama, hati aku sangat sakit seperti dihiris sebilah pisau. Dia pergi tanpa berkata apa-apa.
Meninggalkan aku sendirian dengan perasaan ini. Aku menjalani hari aku, tanpa memikirkan dia. Sehinggalah aku berjaya mendapt keputusan cemerlang dalam SPM dan melanjutkam pelajaran.
2020. Aku sangka perasaan yang dulu hanyalah 'cinta monyet', tetapi aku silap. Tahun ini aku sedar. Rupanya aku telah jatuh cinta buat kali pertama. Sehingga ke hari ini, saat aku menulis cerita ini, perasaan aku mengenai dia masih lagi sama. Kehangatan cinta ini masih terasa.
Rindu mula berputik. Rindu ini mencengkam hati aku. Sudah hampir 4 tahun aku memendam rindu yang aku tidak tahu di mana penghujungnya.
Kredit Gambar: Astro Gempak
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh Mek Ain untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live