Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Dah Besar Ni Ayah Tak Nampak Sangat Sayang Dia..." - Perkongsian Seorang Jurugambar Tentang Kasih Seorang Ayah
Baca kisah yang dikongsi oleh pengguna Twitter @hadi_nor yang kini mula faham perasaan seorang ayah melepaskan anak perempuan dihari pernikahan.
Dulu, masa tak ada anak, aku tak berapa nak 'dapat feel' shoot ayah time akad nikah. Selalu fokus mak saja. Dan aku silap.
Sekarang, bila dah ada anak perempuan, baru aku faham betapa hibanya hari pernikahan tu dari perspektif seorang ayah.
Dari pertama kali kau tengok dia dalam ultrasound, lepas tu layan mak dia tiba-tiba teringin nak telur pindang, sampailah ke saat teman dalam labour room.
Aku masih ingat kali pertama tengok anak depan mata lepas keluar tu, aku menangis tapi tak tahu perasaan apa, tak dapat nak diterangkan.
Masa ni, kau tak tahu apa dalam kepala. Macam-macam benda. Satu nyawa yang secara terus ada hubungan dengan kau. Bukan lagi main-main.
Seluruh keringat kau, hanya untuk dia dan mak dia.
Bila kau tengok dia membesar sikit demi sikit, baru perlahan-lahan bonding tu makin kuat. Takkan boleh explain macamana rasa tu.
Rasa kalau keluar rumah, nak balik laju-laju.
Kau rasa wajib kau lindungi dia, tak mahu dia sakit sikit pun.
Aku ingat lagi macamana nak 'meletup' aku tengok nurse tu handle nak inject masa awalan kena refer dekat KK (Klinik Kesihatan), punyalah protective kononnya. hahaha.
Termasuk 3-4 pagi jaga bila menangis, risau tu jangan cerita. Biasalah tu.
Dan beberapa momen macam kali pertama ajar dia Photoshop, buli pakai tudung serupa Mario, first time demam, first teether.
Macamanalah kau tak tumpah air mata, bila dia nikah nanti?
Jadi, walaupun Cempaka baru nak masuk 9 bulan, aku rasa aku faham macamana perasaan seorang ayah di hari nikah anak perempuan dia.
This is why I love my wedding photography career.
It's all about love.
Aku tak ada apa nak iklankan, walaupun adalah bisnes wedding photography, tapi aku cuma harap korang luangkanlah lebih masa dengan ayah korang.
Dah besar ni, ayah memang tak nampak sangat sayang kat kita macamana, tapi masa kecik, entah-entah hari-hari gigit pipi kita.
Kredit Gambar: Twitter @hadi_nor
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Hadi Nor menggunakan akaun Twitter @hadi_nor dan mendapat lebih 8,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video