,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Dahlah Mengandung, Sakit Sampai Masuk ICU, Anak Nangis Pun Nak Isteri settle kan juga?"

Gempak Spot
16/09/2020
03:30 MYT
Kisah ini dikongsikan oleh Dr Zurairah Shahidan di Facebook miliknya tentang pengorbanan seorang isteri yang sanggup berbuat apa sahaja demi keluarganya biarpun dia berada dalam kesakitan dan sedang mengandung, sedangkan si suami hanya mengharapkan pada si isteri sahaja.
"Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh? Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah dua malam asyik menangis tak mau tidur."
Tersentak saya mendengar permintaan itu.
Ibu muda beranak empat ini sedang mengandung anak kelima mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.
Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit dikira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu dirujuk kepada Pasukan Bius dan Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.
"Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal."
Demamnya masih tinggi, 39.6℃.
Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.
Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan. Jantung berdenyut sangat laju. Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.
Antibiotik yang diberikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.
"Susah doktor, anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya."
Aduh, parah.
"Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen. Macamana awak nak balik rumah?"
Dia terdiam. Angguk.
"Boleh tak doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi."
"Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat. Kesihatan awak tu lebih penting. Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?"
Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dahlah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya?
Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.
Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.
Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.
Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suamilah tolong dia uruskan rumah. Awak sebagai bapalah tolong uruskan anak-anak.
Ini tidak.
Anak nak ada ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.
Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.
Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.
Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.
Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.
Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.
#dokterbiusbercerita
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh Dr Zurairah Shahidan di Facebook beliau dan mendapat lebih 7,000 perkongsian. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam

gempak
06/10/2024
03:55 MYT
Pempengaruh terkenal, Cik Epal, telah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram miliknya dengan kapsyen berbaur luahan hati.
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Hiburan

Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah

gempak
01/10/2024
12:55 MYT
Selebriti Indonesia, Baim Wong mengaku tidak mengetahui isterinya, Paula Verhoeven kini menunaikan umrah bersama beberapa rakannya.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Hiburan

Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

gempak
30/09/2024
08:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.
BorakSeeni