Finance | Kewangan

#GempakSpot: “Dalam Jangka Masa Panjang, Kita Akan Hadapi Banyak Kisah Duka Yang Tak Boleh Dielak”

gempak
Gempak Spot
29/01/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: “Dalam Jangka Masa Panjang, Kita Akan Hadapi Banyak Kisah Duka Yang Tak Boleh Dielak”
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter Faiz Fablillah menggunakan akaun Twitter @mfaizfablillah tentang pilihan kehidupan yang perlu kita lakukan dan kita perlu menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
Cerita kehidupan.
Atuk aku bela anak angkat. Sekarang dia Tan Sri dan big guy dalam agenda bumiputera. Childhood friend ayah aku.
Ayah aku, made his life decision. Berhenti semua benda dia buat dan balik kampung untuk jaga atuk aku.
Gap social status menyebabkan hubungan putus.
Tak pernah tengok dia bitter or cuba cakap buruk.
To him, life must go on.
He made his decision and he has to be ok with the consequences.
Sama juga banyak kisah saya dengar di dalam industri. Kisah tolak tawaran bekerja di luar negara sebab mak ayah dah tua.
Sebab keluarga dan anak.
So orang tu has to be ok earning Malaysia rate salary and living in Malaysia.
That’s the decision we make. Luckily orang yang saya kenal aware dengan value assuming responsibility.
Tak habiskan masa complain benda yang tak selesa yang datang dengan keputusan yang dibuat.
Taking responsibility enables you to elevate your success.
Over the long haul, you kena hadap banyak kisah duka yang tak boleh nak elak.
Orang tinggalkan you, tipu you. Dan setiap kali benda ni berlaku, you hanya ada 2 options:
1. Salahkan org lain. 2. Reflect pada diri sendiri.
Misfortunes will happen to you, one way or another. Tapi kita ada ability to make a cognitive shift, dan belajar lihat sesuatu dalam keadaan “benda ni boleh aku elak in future kalau AKU buat ini dan itu.”
Reflect kat diri sendiri dulu. Biar tak comfortable pun.
Janji tak terperangkap dengan pemikiran yang “semua orang salah kecuali aku.”
Perangkap ini bahaya especially untuk entrepreneurs. Pendiri business kena latih diri untuk ada capacity berfikir unconventionally.
Masalah akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.
Especially selepas kita sudah buat keputusan besar. Tidak dapat tidak ada benda kita kena hadap dengan keputusan itu.
Yang jadi orang berhenti atau give up - Bila dia rasa masalah itu tidak lagi dapat diselesaikan.
Sebab itu kita kena rajin baca buku, rajin bergaul dengan mereka yang ada opposing views, yang pelik dan lain dari kita.
Supaya perspektif kita berkembang.
Supaya bila masalah datang,
kita dapat selesaikannya in our own unique unconventional way.
Kredit Gambar: Stefan Stefancik
Nota: Gambar utama hanyalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Faiz Fablillah menggunakan akaun Twitter @mfaizfablillah dan mendapat lebih 3,000 Retweet serta lebih 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan atau ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live