Personal Opinion | Pendapat Peribadi

#GempakSpot: "Dia Kumpul Seringgit-Seringgit Sebab Nak Order Corndog Dengan Aku"

Gempak Spot
13/11/2019
05:22 MYT
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter @kinafairy yang berkongsi bagaimana seorang adik darjah 5 sanggup mengumpul duit belanja untuk membeli Corndog yang dijual oleh beliau.
Kali pertama aku dapat pelanggan budak darjah 5. Order dua paket Corndog berharga RM30. Aku fikir mak dia suruh orderkan sebab ada juga kes macamni sebelum ni. Jadi, aku layankan sajalah. Janji untuk COD (Cash On Delivery) semalam. Tetiba dia cancel order.
Ni conversation aku dgn dia.
Ni conversation aku dgn dia. pic.twitter.com/2JT7UOXF1i— kinafairy (@kinafairy) November 11, 2019 Pada mulanya ragu-ragu nak layan. Kot tipu ke, kan. Sekarang banyak kes budak kecil dah pandai scam orang cari duit. Tapi kesungguhan budak ni kumpul duit nak makan Corndog buat aku tersentuh hati.
Jadi aku dengan kawan aku decide bagi sajalah percuma sepaket lagi. Kesian weh.
Semalam pergilah hantar Corndog ke rumah dia. Tapi dia ni ada satu 'penyakit'. Penyakit memaksa! Dari aku berada di kampung, sampailah aku balik ke Kuala Lumpur dia tak putus-putus mesej aku tanya bila nak hantar. Maafkan Akak ya Dik, sebab masa tu Akak rasa annoying sikit.
Sampai di rumah dia, aku nampaklah dua orabg budak perempuan sedang menunggu di bawah pokok. Aku tak fikir pun itu dia sebab aku mesej nak beritahu aku dah dah dalam perjalanan tapi dia tak balas. Bila aku dah parking kereta, budak perempuan berdua tu datang dekat kereta aku.
Memang budak Ainur ni rupanya. Dengan kawan dia ke tak tahulah aku. Dari pukul berapa dia tunggu aku sampai agaknya lupa nak tanya. Aku cakap dah aku lambat, dia kata tak apa Kak.
Aku turun kereta budak berdua ni senyum-senyum. Aku hulurlah Corndog pada Ainur. Lepas tu dia bagi aku duit RM25 dalam bentuk seringgit-seringgit. Dari RM24 yang dia ada tu, dia dapat kumpul lagi seringgit.
Cukup RM20, aku pulangkan balik RM5 pada dia. Happy nya muka diaorang bukan main lagi. Sejak bilalah tu diaorang ni kepingin nak Corndog sampai order 2 paket.
Dapat hantar Corndog pada budak-budak ni buat aku rasa happy sangat. Tengok lah muka diorg. Aku baru sempat tengok video ainur bagi hahahaha. Allahu, happy nya tengok budak-budak ni gembira makan Corndog.
Pada yang bertanya Instagram Corndog tu, inilah dia. Feel free to follow tau! Bila rajin kita orang ada jugak buat mukbang.
Kredit Gambar: kinafairy Twitter @kinafairy
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter kinafairy menggunakan akaun Twitter @kinafairy dan mendapat hampir 13,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

gempak
12/09/2021
13:51 MYT
Perkongsian tersebut diluahkan menerusi platform media sosial
Semua | All

#GempakSpot: Dari Bermotif Dendam Hingga Delusi, Ini 3 Kisah Pembunuhan Tragis Individu Popular Dunia

gempak
29/08/2021
12:45 MYT
Jangan sesekali mengikut aksi tidak bermoral ini
Semua | All

#GempakSpot: Beraksi Di Final Olimpik Tokyo 2020, Kenali Sisi Lain Penerjun Nur Dhabitah Sabri

gempak
01/08/2021
01:50 MYT
Dhabitah terkenal sebagai seorang yang murah senyuman
Laman Utama

#GempakSpot: Cabaran Belanja Dengan RM100, Apa Yang Isi Rumah Dapat Saat Sukar Berdepan Pandemik?

gempak
12/07/2021
13:50 MYT
Nilai wang bergantung kepada keperluan seseorang
Semua | All

#GempakSpot; Tolonglah Saat Ini, Semuanya Sensitif Dari Makan Durian Sehingga Tarbiah Mengaibkan

gempak
05/07/2021
14:20 MYT
semoga Allah sayang kita semua