Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Dia Mula Melakukan Hubungan Kali Pertama Ketika Berumur 16 Tahun. Gila!"
Cerita ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter Firdaus Mokhtar menggunakan akaun Twitter @firdausfm tentang seorang gadis yang mengalami masalah hypersexual disorder akibat tidak ada didikan khusus tentang isu seksualiti.
“Saya mula buat hubungan seks sejak umur 16 tahun. Dengan orang luar yang saya tak kenal. Berterusan sampai saya habis sekolah dan masuk kolej,” Dahi mula berkerut. Perlahan dia aturkan suara.
Ini kisah pesakit perempuan umur 21 tahun. Datang untuk terapi atas laporan hypersexual disorder. Maksudnya dia ada keinginan seks yang melampau. Yang buatkan dia mengalami tekanan dalam diri sendiri.
Dia sambung lagi, “Keinginan nak melakukan seks hampir hari-hari. Dan sekali buat, saya mampu bertahan selama 8 jam. Kalau 6 jam tu kira minimum. Jadi saya perlu cari ramai lelaki. Hari ini orang lain, esok orang lain.”
Terkejut betul saya. “Jadi apa yang membawa awak ke sesi terapi?” Soal saya.
Nak gugur jantung. Membayangkan kita juga ada anak perempuan.
“Oh saya jadi kemurungan. Kadang-kadang saya terfikir juga macam mana kalau saya berterusan macam ni. Saya tahu salah tapi saya tak dapat nak kawal kehendak diri sendiri.
Bila jadi kemurungan sangat, saya akan kunci diri dalam bilik 2, 3 hari. Waktu tu sahaja saya tak cari lelaki untuk lakukan hubungan,” jelas gadis ini.
Jadi sebab itu dia ke hospital. Mencari jalan keluar kepada tekanan dalam diri dia. Dalam sesi itu saya cuba untuk selidik apa yang berlaku sampai dia ada hypersexual disorder tu.
Akhirnya gadis tadi ini cerita, dia ada ramai adik beradik. 7 orang semuanya. Dia anak nombor 5. Tinggal di rumah yang ada 3 bilik.
Rumah yang elok. Jumlah bilik pun standard jumlah bilik untuk rumah biasa.
Kakak dengan abang dah ambil bilik seorang satu. Jadi adik-adik yang lain ni kena tidur satu bilik dengan mak ayah. Dia dengan adik-adik tidur satu bilik dengan mak ayah sampai umur 12 tahun lebih.
Iya kawan-kawan, rupanya inilah punca. Dia kata selama dia tidur sekali satu bilik dengan mak ayah, banyak kali dia akan sedar waktu mak ayah dia sedang melakukan hubungan suami isteri. Termasuk ketika dia dah berumur lebih 10 tahun.
Jadi selama lebih 2 tahun dia menahan keinginan nak tahu dan nak cuba buat apa yang dia biasa dengar dan curi curi tengok waktu malam di bilik mak ayah dia.
Allahu akbar.
Akibatnya dia mula cuba-cuba dan hubungan seks pertama dia lakukan pada usia 16 tahun. Gila! Dan sejak kali pertama itu dia lakukan kerap sampailah sekarang.
Kawan-kawan yang baik,
Perasan tak Nabi kita ada sebut anak-anak ini perlu diasingkan tempat tidur ketika mereka berusia 10 tahun? Inilah salah satu sebab utamanya.
Ada setengah ulama berkata sebaiknya asingkan tempat tidur anak lebih awal sekitar umur 5-6 tahun. Itu adalah lebih baik jika mereka adalah anak berlainan jantina.
Kerana ketika umur 10 tahun, anak-anak dah mula boleh berfikir sendiri dan ada emosi sendiri. Pembentukan naluri dan perasaan ingin tahu itu sangat tinggi ketika anak sudah berusia 10 tahun. Mereka sangat ingin mencuba apa sahaja yang mereka lihat.
Kadang kita rasa macam alahhh anak tu kecil lagi. Macam budak-budak lagi perangai dia. Tak matang kita rasa.
Jangan berdalih dengan apa saranan Nabi kita ya. Setiap satunya ada hikmah dan kepentingan yang kalau pun tak tahu pasti ada keberkatan. Kan?
Untuk kes gadis tadi, dia masih ada follow up dengan pihak hospital. Dan kita doakan sama-sama moga dia sembuh dan mendapat kekuatan untuk menjadi yang lebih baik akan datang. Amin.
Firdaus Mokhtar,
Ya Tuhan, peliharalah kehidupan kami.
Kredit Gambar: @firdausfm
Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter Firdaus Mokhtar menggunakan akaun Twitter @firdausfm dan mendapat lebih 3,400 Retweet dan lebih 5,300 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab agas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Must-Watch Video