Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Dia Toreh Belah Tepi, Jadi Aku Tak Boleh Tampal. Kena Tukar Tiga Tayar" - Gadis Bingung Kereta Dirosakkan

Badrul Hashim
29/05/2020
04:15 MYT
Perkongsian pengguna Twitter @syazwanilatiff sangat menyedihkan apabila keretanya dirosakkan orang yang tidak bertanggungjawab dengan dicalarkan dan tiga tayar keretanya ditoreh.
Hancur hati aku tengok orang buat kereta aku macam ni. Aku tak sampai setahun duduk area sini bukan kenal ramai orang. Kalau ada sesiapa nampak atau saksikan kejadian boleh call no ni: 01128799471
Tempat: sebelah residensi laguna biru 2 Masa: 26/5 petang/malam - 27/5 pagi Kereta: Bezza
Ini saja jalan terakhir. Sedihla aku bayar kereta ni tiap-tiap bulan hasil titik peluh aku. Aku cuma nak tahu kenapa buat macam ni? Apa salah aku? Dan aku tengah buat laporan polis. Semoga pelaku berjaya ditangkap.
Kalau nak kata aku salah tempat letak kenderaan, aku dah letak nombor telefon kenapa tak hubungi dulu.?
Malah kawan aku duduk area situ kata situ memang tempat letak kenderaan. Tiga tayar pancit. Tak nampak kesan kena toreh. Dia toreh bonet depan belakang, nombor plat kereta aku.
Dan dia toreh belah tepi. Dia bocorkan tepi tayar jadi tayar kereta aku tak boleh tampal. Bermakna, 3 tayar aku kena tukar. takpalah mungkin rezeki kat tempat lain.
Maaf kepada yang WhatsApp dan DM aku tak sempat jawab semua. Terima kasih atas doa-doa semua. Semoga Allah memberkati korang.
Oleh kerana Tweet ni macam dapat perhatian ramai, aku nak promosi dua bisnes kecil aku ni. Bukan bisnes aku sebenarnya, cuma aku jadi sebagai ejen dropship yang sah. Mungkin boleh perlahan-lahan tampung kos kerosakan kereta aku. Kalau ada yabg berminat boleh ikuti dua-dua Instagram ni.
Nampak tak betapa gigihnya aku cari duit. Tapi habis begitu saja disebabkan orang-orang yang tak bertanggungjawab ni.
Tapi syukur sangat ramai yang DM siap nak bagi kupon tayar kereta lagi. Semua ni buat aku sedar ramai lagi orang baik dalam dunia ni. Terima kasih semua. Dan kalian juga, jaga diri.
Kredit Gambar: Twitter @syazwanilatiff
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @syazwanilatiff. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubahsuai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]m
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

gempak
12/09/2021
13:51 MYT
Perkongsian tersebut diluahkan menerusi platform media sosial
Semua | All

#GempakSpot: Dari Bermotif Dendam Hingga Delusi, Ini 3 Kisah Pembunuhan Tragis Individu Popular Dunia

gempak
29/08/2021
12:45 MYT
Jangan sesekali mengikut aksi tidak bermoral ini
Semua | All

#GempakSpot: Beraksi Di Final Olimpik Tokyo 2020, Kenali Sisi Lain Penerjun Nur Dhabitah Sabri

gempak
01/08/2021
01:50 MYT
Dhabitah terkenal sebagai seorang yang murah senyuman
Laman Utama

#GempakSpot: Cabaran Belanja Dengan RM100, Apa Yang Isi Rumah Dapat Saat Sukar Berdepan Pandemik?

gempak
12/07/2021
13:50 MYT
Nilai wang bergantung kepada keperluan seseorang
Semua | All

#GempakSpot; Tolonglah Saat Ini, Semuanya Sensitif Dari Makan Durian Sehingga Tarbiah Mengaibkan

gempak
05/07/2021
14:20 MYT
semoga Allah sayang kita semua