Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Doktor, Dia Anak Saya. Saya Akan Menerima Dia Seadanya!" - Kisah Hidup Melawan Stigma
Teringat lagi masa saya buat attachment di Klinik ID.
"Nombor 235, sila masuk bilik."
Masuk seorang remaja ke dalam bilik saya, diikuti oleh seorang wanita lebih kurang 40-50 tahun.
Remaja tersebut nampak amat gelisah dan takut seolah-olah beliau merisaui sesuatu.
Dalam bilik ketika itu, ada saya dan boss saya juga, seorang Pakar Penyakit Berjangkit.
Boss saya pun bercakap, "Hi A, apa khabar?"
A menjawab dengan satu perkataan sahaja, "Sihat." Selepas itu beliau terus diam.
Wanita tersebut nampak hairan tentang apa yang tengah berlaku. Masa itu kami berasa sesuatu amat pelik, dan kami meminta untuk wanita tersebut tunggu di luar terlebih dahulu.
Betul apa sangkaan kami.
Wanita yang merupakan ibu kepada remaja tersebut tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dengan anaknya.
Tapi pada masa ini, adik itu sudah kuatkan dirinya.
"Dr, saya rasa saya dah bersedia nak memberitahu Mak saya."
Apabila kami memanggil balik ibu tersebut, kelihatan air matanya sudah mula mengalir turun.
"Doktor, tak payah beritahu apa pun tak apa. Saya dah tahu.
"Naluri seorang ibu. Dia anak saya. Saya akan menerima dia seadanya," cakap wanita tersebut sambil memeluk anaknya.
Pada masa itu memang terasa seperti ingin menangis bersama kerana terharu sangat.
Disebabkan oleh stigma kepada penyakit berjangkit, ramai pengidap penyakit seperti TB dan HIV tidak suka memberitahu orang lain yang mereka berpenyakit.
Tetapi tanpa sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sendiri, kebanyak pengidap penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS dan lain-lain mengalami kemurungan dan berasa seolah-olah diri mereka tersisih daripada masyarakat.
Perkara ini boleh mengganggu kehidupan mereka. Ada yang enggan mendapatkan rawatan kerana mereka tidak dapat hidup dengan hakikat ini.
Siapa kita untuk menghukum? Sebab mereka lakukan seks bebas? Sebab mereka membuat suntikan dadah dengan jarum?
Apakah kita ini tidak pernah melakukan dosa dalam hidup kita? Kenapa mesti berfikiran sempit dan melayan mereka seolah-olah mereka akan menjangkiti kita?
Untuk makluman, semua virus HIV tidak akan berjangkit melalui sentuhan, pelukan, guna tandas sama, berkongsi makanan.
Sebagai ahli keluarga, rakan-rakan atau masyarakat, kita wajar menerima mereka. Jika tidak, selagi itulah fikiran akan dipenuhi dengan hasad dengki dan aura negatif.
Sekarang sudah ada ubat HAART. Ubat tersebut dapat mengawal penyakit mereka supaya meraka dapat hidup seperti orang lain. Jadi sebenarnya tiada perbezaan antara penyakit HIV dengan orang lain.
Berilah sokongan kepada mereka. Mereka mungkin tidak tahu, tidak sedar dan jahil pada saat itu. Tetapi tidak mengapa. Sesiapa sahaja boleh berubah menjadi yang lebih baik di masa akan datang.
"Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi).
Kredit Gambar: Google
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @HausofHilton dan mendapat lebih 4 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video