Kesihatan | Health
#GempakSpot: Dr. Nimelesh Menjawab Persoalan Bolehkah Ibu Mengandung Mengambil Telur Separuh Masak?
Dr. Nimelesh sering berkongsi ilmu di Twitter milik beliau, @HausofHilton. Kali ini beliau berkongsi tentang ibu mengandung yang ingin mengambil/makan telur separuh masak.
IBU MENGANDUNG DAN TELUR SEPARUH MASAK.
Ramai ibu mengandung masa check up antenatal dengan saya akan bertanya, "Doktor, boleh tak saya mengambil telur separuh masak?"
Sekiranya ada yang tidak mengetahui, pada tahun 80-an dunia digemparkan dengan berita bahawa telur yang normal mungkin mengandungi kuman seperti Salmonella , dan pada 1989 kajian menunjukkan bahawa ia adalah benar.
(Ya! Salmonellosis ini bukan disebabkan oleh ikan Salmon ye)
Walaupun di USA, mereka laporkan hanya 1/10,000 telur mengandungi kuman salmonella ini ( itu pun kalau semua kes dilaporkan), kami tidak mengalakkan ibu mengandung atau orang daripada golongan imuniti rendah seperti warga emas dan pesakit aids mengambil telur mentah/separuh masak.
Salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan dengan simptom simptom seperti cirit birit, sakit perut, najis berdarah, dehidrasi dan komplikasi teruk seperti jangkitan otak.
Sekiranya ibu mengandung mengalami simptom simptom ini, sudah tentu sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi kandungan juga.
Kuman Salmonella boleh dibunuh sekiranya ia dimasak dengan betul. Setakat ini telur yang selamat diambil mentah hanyalah telur di UK dengan cop "British Lion Mark".
Sebab itu , Mencegah lebih baik daripada Merawat.
Ibu mengandung tidak digalakkan untuk mengambil telur separuh masak. Elakkan juga susu yang tidak dipasteur.
Sekiranya anda ingin membuat telur separuh masak juga, lebih baik mencari telur yang dipasteur (telur yang telah dimasak sementara waktu pada paras suhu yang akan membunuh kuman).
Dan pastikan pengendalian makanan dibuat dengan betul.
Kredit Gambar: @HausofHilton
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Nimelesh menggunakan akaun Twitter @HausofHilton. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video