Perkongsian pendapat ini ditulis oleh Abdur Rahman Al Amin bin Ismail yang menggunakan akaun Twitter @RahmanIsmail_ mencerminkan bahawa pendidikan itu sangat penting tidak kira secara formal atau tidak formal.

Graduan belum tentu jutawan, tetapi kebanyakan jutawan adalah graduan.

100 senarai orang terkaya di dunia menurut forbes, 84% adalah graduan (memiliki sekurang-kurangnya satu jenis ijazah).

Ini jika dilihat secara global.

Kalau lihat dalam konteks di Malaysia, cuba lihat 10 orang terkaya di Malaysia, berapa sahaja yang ada ijazah?

Yang buat kenyataan "tak ada ijazah pun boleh berjaya" itu mungkin untuk membangkitkan semula semangat orang yang gagal atau kurang cemerlang dalam pendidikan formal.

Cuma itu bukan lesen untuk kita mengabaikan ilmu dan pendidikan.

Pendidikan tetap perlu, baik formal atau tak formal. Sementara ilmu pula kita boleh dapat sama ada melalui pembelajaran, atau dari pengalaman diri sendiri juga pengalaman (kesilapan) orang lain.

Kredit Gambar: Vantha Thang

Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata

Kisah ini dikongsi oleh Abdur Rahman Al Amin bin Ismail yang menggunakan akaun Twitter @RahmanIsmail_ dan mendapat lebih 156 Retweet dan 435 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot