Travel | Percutian

#GempakSpot: Hampir Bawa ‘Milo’ 7 Kilogram Melepasi Imigresen, Kisah Supaya Anda Berhati-Hati Di Lapangan Terbang

gempak
Gempak Spot
15/10/2019
03:00 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Hampir Bawa ‘Milo’ 7 Kilogram Melepasi Imigresen, Kisah Supaya Anda Berhati-Hati Di Lapangan Terbang
Berhati-hati ketika anda di KLIA 1, KLIA 2 atau di mana-mana airport. Jadikan cerita dan pengalaman yang hampir menjadi sejarah hitam ini sebagai peringatan. Ini adalah thread (bebenang)
Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2, ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar-legar sementara masuk ke balai pelepasan.
Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati-hati daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa.
Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira-kira beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba-tiba seorang wanita dalam usia 30-an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya.
Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indonesia. Gaya cakap pun orang sana.
Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imigresen.
Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain. Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg selain beg kertas tu jer!
Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer 'milo' tu. Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan atau bawa barang mereka.
Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama-sama nak naik flight di KLIA.
Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imigresen, igauan ngeri pun berlaku.
Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggungjawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau ditahan, dibawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam-macam. Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian-sekian banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu.
Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak, kalau tak tali gantunglah jawabnya.
Berhati-hati, jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena, Allah saja yang tahu silap-silap tak pasal masuk lokap hanya kerana sikap cuai! Jangan sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya!
Ingat, jangan memandai-mandai tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit prasangka tu, ia kadang-kadang perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!
Kredit Gambar: Twitter @MALAYSIAVIRALL
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @MALAYSIAVIRALL dan mendapat hampir 12,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024