Berikut adalah ulasan Pakar Psikologi Klinikal, Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri tentang beberapa komen mengenai mereka yang kurang faham dengan masalah kesihatan mental yang boleh membawa kepada keinginan membunuh diri.

Respon saya:

1. Suicide bukan hanya kerana satu sebab, ada banyak faktor berisiko yang terlibat.

Kita tak boleh simplistik sangat kata suicide = bf curang. Kalau mendalami kes, mesti ada banyak lagi faktor di sebaliknya.

Penyakit mental, genetik, kurang sokongan sosial, rasa diri sebagai bebanan, banyak sangat faktor berisiko lain yang perlu diambil kira.

Tak adil kita buat kesimpulan mudah berdasarkan tajuk berita sahaja.

2. “Hidup ni simple” untuk kita, tak bermakna hidup ni mudah untuk orang lain. Pemikiran ini terlalu “jump to conclusion.”

Lain orang, lain konteks, lain cara tangani, lain solusi. Tak sama kehidupan semua orang.

Pentingnya empati = sentiasa cuba faham perspektif orang lain.

3. Berempati dengan orang yang ada pemikiran, percubaan, perancangan suicide bukan bermakna kita bersetuju dan membenarkan tindakan itu.

Kita tak setuju dan tak nak dia suicide. Cara nak tolong dia, mula-mula kena cuba faham, hormat perasaan dan fikiran dia.

Kalau kita terus berdebat dan beri solusi, tak akan membantu dia. Dia akan rasa tak didengari dan tak cuba difahami.

Kita tak faham lagi cerita keseluruhan. Kisahnya lebih mendalam dan rumit. Sebab tu kena dengar dan cuba faham dulu betul-betul.

4. Bagi kes yang sudah terjadi macam ni, tak perlu lah kita komen salahkan arwah lagi.

Hormatilah keluarga arwah. Pasti mereka sedang sedih, keliru, takut, dan macam-macam lagi menghantui pemikiran mereka.

Bagi setiap 1 kes suicide, lebih kurang 20 orang terdekat akan terkesan secara emosi.

5. Tajuk berita surat khabar tersebut tak beretika.

Tajuk seperti itu hanya mengundang kontroversi dan salah faham. Ikutilah etika dan panduan pelaporan suicide yang KKM dah sediakan.

6. Bagi sesiapa yang triggered dengan komen akaun itu, tak perlu bazir masa layan. Block dan report sahaja. Orang ignorant macam ni memang akan ada dari masa ke masa. Kita pilih nak handle macam mana.

7. Takziah buat keluarga arwah.



Saya sengaja conteng sikit screenshot tweet itu sebab walaupun dah viral tetapi sebab sensitif dan triggering.

Kredit Gambar: Google

Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.

Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Psikologi Klinikal, Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri dan mendapat lebih 5,000 Retweet serta lebih 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.