Kisah ini dikongsikan oleh Wan Ridhuan Muhammad di Facebook tentang isterinya, Noor Aniza Che Soh yang begitu bimbang dengan pembelajaran anak-anak muridnya ketika PKPB kerana mereka bakal menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Demi anak-anak murid, dia sanggup berhujan untuk memastikan mereka mendapat pendidikan.

Al kisah. Gusar hati seorang guru. Hari-hari duk fikir. Budak-budak ni belajar tak kat rumah? Bimbang anak-anak murid SPM tak belajar masa PKPB. Bimbang buka sekolah nanti anak-anak murid lupa apa yang dah diajar.



Dapat jalan penyelesaian. Riso bahan-bahan. Diajaknya kita mintak tolong hantar bahan-bahan ke rumah murid-murid. Rumah yang jauh ke dalam, mintak tolong anak murid keluar ke tempat yang mudah hulur soalan.



Hujan pun hujan la katanya, asalkan niat hati tercapai. Ambe sebagai suami pulas je stereng kereta, Ikut je lah. Sepanjang jalan hujan tak berhenti. Lebat sungguh. 7 perhentian perlu dilalui. 38 murid untuk diserahkan modul.



Setiap kali jumpa anak murid, keluar pesanan dari mulut si guru, "jangan lupa buat dan siapkan. Nanti cikgu kutip semula. "Pukul 2.30 petang keluar rumah, pukul 6.15 sampai rumah. Sampai sekarang, si cikgu tu senyum sengeh sebab hajatnya tertunai.



Ni je gambar candid yang sempat di snap. Yang lain tak boleh ambik sebab hujan lebat, air hujan masuk dalam kereta. Semoga usaha si cikgu membuahkan hasil nanti.

Kredit Gambar: Facebook Wan Ridhuan Muhammad

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Facebook Wan Ridhuan Muhammad dan mendapat 428 perkongsian dan lebih 1,200 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot