Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter Mohd Fadhli Othman yang menggunakan akaun Twitter @CikguFadhli tentang guru-guru yang bertungkus lumus untuk memastikan keselamatan murid-murid yang datang ke kelas.


Semalam ada satu keratan akhbar berkenaan seorang mak mempersoalkan keberadaan guru-guru bila anak-anak balik sekolah kan?

Yang ni contoh terbaik. Cikgu Khairul Nizam Mohd Sopery dan rakan gurunya sanitasi sekolah setelah setiap kali tamat sesi persekolahan.



Kan bagus kalau ada mak ayah serah diri pada sekolah untuk bantu guru-guru. Tak dapat serah diri, serahlah duit ke, emas gelang permata ke. Paling kurang ringankan beban kami guru-guru.

Barulah kita jaga kita. Bukan guru jaga anak kita.

Saya mengenali Cikgu Khairul Nizam pada tahun 2016.



Selain sibuk mendidik pelajar, dia juga aktif buat kerja amal Dan kemanusiaan. Dia juga ada tubuhkan NGO iaitu Briged Negaraku.

Kredit Gambar: Twitter @CikguFadhli

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Mohd Fadhli Othman menggunakan akaun Twitter @CikguFadhli dan mendapat hampir 2,000 Retweet serta lebih 2,000 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot