Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Ini Tiga Kesilapan Yang Biasa Ibu Bapa Lakukan Ketika Mahu Anak-Anak Kurang Bermain Gajet

Gempak Spot
30/10/2020
03:30 MYT
Perkongsian ini dikongsi oleh Dr Akif Basri di Twitter, seorang pakar Psikologi Klinikal menggunakan akaun Twitter @akif_basri mengenai kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa ketika membenarkan anak-anak bermain dengan gajet.
Nak kurangkan anak main gajet?
Ini tiga kesilapan yang biasa dilakukan:
1. Mak nak kurangkan anak main gajet. Mak buat peraturan 10 minit sahaja boleh main.
Selepas 10 minit, mak ambil gajet.
Anak pun mengamuk (tantrum).
Tiba-tiba ayah datang, bagi gajet semula sebab tak tahan anak amukan anak.
Ibu bapa mesti sepakat dan setuju dengan peraturan terhadap anak. Mesti bincang baik-baik sampai setuju.
Dua-dua mesti praktikkan dan tegas dengan peraturan walaupun anak mengamuk nak gajet.
Boleh alihkan perhatian dengan benda lain, tetapi tetap jangan beri gajet.
Peraturan mesti dipatuhi.
2. Dah buat peraturan, tetapi tak konsisten.
Hari ini bagi anak main gajet 10 minit. Esok, 30 minit dibiarkan dengan gajet tanpa pengawasan. Lusa, 2-3 jam.
Tulat, tiba-tiba anak kena marah dan denda sebab main lebih 10 minit.
Keliru anak itu. Kadang-kadang boleh lama, kadang-kadang tak boleh. Anak tidak akan belajar tingkah laku baru (main gajet ada limitasi) jika peraturan tak konsisten.
Ibu bapa bekerjasama dengan peraturan yang sama, tegas dan konsisten ialah kunci utama kejayaan.
3. Bila anak tak main gajet, tiada perancangan aktiviti lain.
Kanak-kanak ini aktif. Dia perlu buat sesuatu. Dia perlu bermain.
Ibu bapa perlu proaktif dan kreatif buat aktiviti dengan anak. Penuhkan harinya dengan aktiviti.
Ya, memang kita pun sibuk dengan kerja kita. Buatlah sebaik mungkin yang termampu. Anak itu amanah kita. Dia ada hak dia yang perlu kita tunaikan.
Sekian perkongsian dari seorang bapa yang sedang struggle dengan bekerja dari rumah dan anak tak boleh pergi taska sebab PKPB.
Kredit Gambar: Jessica Lewis
Nota: Gambar utama adalah gambar hiasan semata-mata
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri dan mendapat hampir 3,000 Retweet dan lebih 4,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.