Perkongsian Pakar Psikologi Klinikal, Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri tentang betapa pentingnya untuk mendapat diagnosis yang betul dan tidak perlu berasa takut untuk bertemu pakar jika anda mempunyai masalah kesihatan mental.

"Saya rasa ada masalah kesihatan mental. Tapi takla teruk sangat. Perlu ke saya jumpa psikologis?"

"Kalau datang terapi, nanti dia buat apa? Dia tanya-tanya apa?"

"Lepas jumpa, terus sembuh ke?"

Ini cerita tentang apa akan berlaku jika anda datang jumpa psikologis.

Bayangkan anda tengah bawa kereta di tengah malam. Jalan kosong dan gelap. Tiba-tiba, kereta terhenti. Kereta berasap. Anda cuba hidupkan enjin, tak boleh. Anda tak tahu nak buat apa. Setakat tengok air dan minyak hitam tahu la. Selain itu, tak tahu.

Anda ada kenal seorang mekanik. Namanya Appu. Anda pun telefon Appu. Anda kata, kereta rosak. Appu tak tahu, apa yang rosak?Jadi Appu kena buat penilaian dulu. Appu kena tanya satu-satu simptom, apa yang tak okay.

Appu tanya:

Bateri kereta ok? Tayar ok? Air cukup? Minyak hitam cukup? Bila last service? Kereta ni dah berapa lama pakai? Appu perlu maklumat lengkap untuk dia kenal pasti masalah. Selagi tak kenal pasti masalah, Appu tak tahu macam mana nak bantu anda.

Bila dah tahu semua maklumat, baru Appu boleh buat "diagnosis" tentang masalah kereta anda. Kemudian, Appu akan cadangkan beberapa cara nak baiki kereta mengikut ilmu dan kepakarannya. Mula-mula, cuba Tips 1 dulu. Kalau masih belum ok, cuba Tips 2 pula. Tak ok lagi, cuba Tips 3.

Bila kereta dah ok, anda pun cuba bawa. Tengok sejauh mana boleh bawa. Kalau masih tak ok, tanya Appu lagi.

Begitu juga bila jumpa psikologis. Mula-mula anda datang, saya perlu lakukan penilaian menyeluruh. Saya perlu tahu sejarah anda. Jangan risau, semua maklumat disimpan rahsia. Saya nak tahu simptom-simptom anda.

Saya perlu lakukan penilaian psikologi secara objektif dan subjektif.

Semua ini memakan masa yang panjang. Mungkin sekali jumpa, saya dah dapat. Mungkin 2-3 kali jumpa, baru saya dapat. Bergantung kepada maklumat yang saya terima. Lagi jelas anda terangkan simptom & situasi anda, lagi mudah saya nak faham.

Kemudian saya akan cuba susun segala maklumat yang saya terima daripada anda. Saya akan cuba "make sense of all the information" daripada anda dan kaitkan dengan kajian saintifik terkini. Ini namanya "case formulation."

Bila saya dah formulasi kes anda, saya akan bincang semula dengan anda. Betul ke apa yang saya faham ni? Ada apa-apa yang saya perlu perbaiki? Ada yang saya salah faham?

Kemudian saya akan terangkan kepada anda:

Apa yang anda sedang alami.
Apa pilihan terapi yang ada.

Ada banyak jenis psikoterapi. Antaranya:

1) Cognitive Behavior Therapy (CBT)
2) Psychodynamic Therapy
3) Acceptance and Commitment Therapy (ACT)
4) Dialectical Behavior Therapy (DBT)

Saya akan terangkan pros n cons kepada semua ini.

Kita juga akan bincang, apa objektif terapi jangka panjang dan jangka pendek. Mungkin objektifnya:

1) Improve mood
2) Improve tidur
3) Supaya anda boleh berfungsi di tempat kerja
4) Supaya anda boleh berfungsi sebagai pasangan yang baik
5) Supaya anda boleh kawal marah

Lain orang, lain situasi, lain hasil penilaian, lain objektifnya. Bukan semua orang sama sahaja. Semua kes unik dengan kisah tersendiri. Kemudian bila semua dah setuju, kita akan mula terapi.

Kita tengok, terapi ini sesuai tak dengan anda. Kalau sesuai, boleh teruskan. Kalau tak sesuai, kita cuba cara lain. Saya akan bagi sedikit kerja rumah untuk anda praktis di rumah.

Kalau anda tak selesa dengan saya (mungkin sebab saya lelaki, anda nak terapis wanita), boleh bincang dan tukar terapis lain. Tiada masalah. Kami akan usahakan segalanya untuk kebaikan anda.

Ada kes yang saya akan rujuk ke pakar lain. Contohnya, kes yang perlukan ubat-ubatan, saya akan rujuk kepada pakar psikiatri. Kes yang ringan, saya akan rujuk kepada kaunselor. Kami semua satu pasukan yang bekerjasama untuk membantu anda.

Jangan takut nak datang terapi. Datanglah, kita cuba bantu anda sebaik mungkin. Tak perlu tunggu dah "teruk" baru datang. Boleh datang bila-bila masa. Kami bersedia membantu anda.

Kredit Gambar: Alex Green

Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.

Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Psikologi Klinikal, Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri dan mendapat hampir 4,000 Retweet serta hampir 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.