Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Jika Masuk Ke Salur Pernafasan Boleh Mengakibatkan Pendarahan Serius"

gempak
Gempak Spot
13/01/2021
03:35 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Jika Masuk Ke Salur Pernafasan Boleh Mengakibatkan Pendarahan Serius"
Perkongsian seorang Doktor, Dr Samhan menggunakan akaun Twitter @DoktorSamhan tentang persediaan wanita untuk memakai tudung selalu meletakkan pin atau jarum peniti di bibir dan perbuatan tersebut sangat merbahaya.
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan (esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:
- Cucuk pin di lengan baju/atas tudung
- Pakai tudung instan
- Guna magnetic pin
- Guna pin kepit
- Elakkan buat urusan lain ketika melaram
Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.
Kredit Gambar: Google
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh Dr Samhan menggunakan akaun Twitter @DoktorSamhan dan mendapat hampir 2,000 Retweet serta hampir 2,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024