Education | Pendidikan
#GempakSpot: Kadang-Kadang Pertolongannya Nampak Kecil Sahaja, Tapi Impaknya Sangat Besar. Terima Kasih Inaz Dan Keluarga
Seorang pengguna Twitter inaz yang menggunakan akaun Twitter @datininaz berkongsi kisah bagaimana dia, suami dan adiknya membantu mengurangkan air banjir kilat di atas jalan raya di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur beberapa hari lalu.
It takes a little common sense to save the world.
Kami bertiga, saya, suami (berbaju hijau) dan adik (berbaju kelabu) sebenarnya nak ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, tetapi hujan lebat menyebabkan kami membuat pusingan balik ke rumah melalui jalan Genting Klang menuju ke Wangsa Maju.
Sampai di hadapatn Maybank, banjir kilat sudah teruk sehingga menenggelamkan sedikit bahagian bas, jadi kami terperangkap di dalam trafik yang tidak bergerak.
Bimbang kereta tidak dapat bergerak dan mati di tengah jalan, kami ambil keputusan untuk ke luar ke bahagian kiri dan ke kawasan kedai makan di hadapan tetapi kami terpaksa melalui kawasan yang ditenggelami air yang lebih dalam.
Sebaik sahaja sampai, kereta sudah berasap dan tidak boleh dihidupkan. Jadi kami turun daripada kereta untuk menghubungi keluarga dan memberitahu tentang banjir yang berlaku. Ketika di tepi jalan, kami nampak penutup saluran air menghalang air masuk.
Nampak air agak bersih dan tiada sampah sarap, jadi adik dan suami berkata "kalau kita buka ni agaknya cepat air turun". Di hadapan kami sudah ada tiga empat buah kereta yang mati jadi kami cuba untuk cari jalan penyelesaian walaupun macam mustahil.
Suami dan adik cuba buka satu, terus laju air masuk. Memang laluan air tetapi bukaannya sempit. Bukaan pertama berjaya, kami berjalan untuk mencari lain-lain saluran yang nampak seperti air susah untuk masuk.
Lebih seratus meter, semua bukaan kami buka dan tutup semula selepas air surut. Sementara adik dan suami pergi mencari saluran air, saya tunggu di lubang-lubang yang terbuka untuk memberi amaran pada penunggang motosikal, bimbang tayar motosikal mereka termasuk di dalam lubangng pula.
Alhamdulillah, ramai yang buka tingkap kereta dan mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami rasa gembira dan puas hati kerana dapat membantu biarpun kecil sahaja sumbangan kami.
Kredit Gambar: Twitter inaz @datininaz
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter inaz menggunakan akaun Twitter @datininaz dan mendapat hampir 25,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video