Kesihatan | Health
#GempakSpot: "Kalau Gigi Bersih Nak Senyum Sampai Ke Telinga Pun Tak Ada Masalah"
Perkongsian yang sangat bagus ini dikongsi oleh seorang Doktor Gigi di Twitter menggunakan akaun Twitter @njbjml tentang pentingnya kita melakukan 'scaling' setiap enam bulan sekali.
“Doktor, dua tiga hari ni saya sakit gigi lah. Doktor gusi saya asyik berdarah je bila gosok gigi.”
Komplen pesakit yang tak pernah jumpa doktor gigi bertahun-tahun. Ini adalah perkongsian 4 kebaikan bila buat ‘scaling’ 6 bulan sekali.
1. Membersihkan Partikel Makanan
Meskipun kita menggosok gigi beberapa kali sehari namun sisa makanan masih boleh melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi. Cuci gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi.
2. Membersihkan Karang Gigi
Karang gigi adalah masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini kerana campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi.
3. Menghindari Penyakit Gusi
Mungkin ada rasa ia tiada kaitan tapi sebenarnya karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak. Jika tidak dirawat buat jangka panjang, boleh menyebabkan menjadi longgar atau nama lain kita panggil ‘Periodontitis’.
4. Mengelak Perubahan Warna Gigi
Ia bukan memutihkan tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning.
Buat yang tanya harga rawatan gigi di klinik gigi kerajaan.
Prosedur:
Pendaftaran-RM1
Rawatan pergigian- bergantung kepada jenis rawatan
Sumber: Doktor Gigi Kerajaan
Okay semua, dah jumpa anggaran harga untuk klinik kerajaan.
Boleh juga klik di sini
Jom kita kongsikan kesedaran ni dengan keluarga dan kawan-kawan. In shaa Allah kalau gigi bersih nak senyum sampai ke telinga pun tak ada masalah.
Kongsikan kepada semua tentang kebaikannya! Jangan malu jangan takut, gigi dah rongak nanti siapa nak tolong.
Kredit Gambar: @njbjml
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @njbjml dan mendapat hampir 4,000 Retweet dan hampir 4,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.