Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @airelirfanz_ tentang perkara yang perlu kita elakkan daripada berkata-kata kepada mereka yang mempunyai masalah mental.

Elakkan sebut 5 perkataan ini pada penghidap mental illness:

1. “Ada orang yang lagi susah dari kau”

Bila cakap macam tu membuatkan mereka berfikir mereka tak sakit pun tapi cuma mengada-ngada.

Anda boleh mengucapkan, “I understand what you’re saying mesti susahkan rasa macam tu”

2.”Sabar lah sikit”

Orang yang ada penyakit mental ni bukan lah sebab mereka tak sabar tapi mungkin sebab trauma lepas, atau keadaan sekeliling mereka.

And also when you say that, you trying to say selama ni mereka tak sabar sebab tu kena mental break down.

3. “Solatlah lebih sikit , baca doa lebih sikit”

Bila anda berkata demikian seolah-olah anda memberitahu bahawa mereka tak cukup solat, sebab tu Tuhan marah, sebab tu mereka sakit mental.

Solat memang membantu tetapi mereka masih perlu jumpa doktor.

4. “Tak sukalah sedih-sedih macam ni, you’re giving bad vibes”

Aku tak suka bila orang cakap pada aku macam ni. Orang tu hanya mementingkan diri sendiri.

Anda perlu faham, mereka yang menghadapi masalah mentl ini sangat-sangat sensitif. Ada ketikanya menangis adalah di luar kawalan mereka.

5. “You should go out more”

Sebenarnya orang yang kene anxiety attack susah nak bangun dari katil, akan mengigil-gigil dan macam-macam lagi.

Semua tu guna banyak sangat tenaga, sangat susah.

Aku rasa kalau anda tak boleh membantu, sekurang-kurangnya berbuat baik.

Kredit Gambar: Andrew Neel

Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata

kisah ini dikongsikan oleh pengguna menggunakan akaun Twitter @airelirfanz_ dan mendapat lebih 7,000 Retweet dan lebih 13,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan atau ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot