,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Kek Yang Dibeli Suami Untuk Anak Kami Yang Bungsu Tidak Sempat Dimakan"

Gempak Spot
10/09/2020
01:10 MYT
Kisah ini dihantar oleh Daya untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Sudah lapan tahun usia perkahwinan kami, dan kami dikurniakan Allah empat orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan. Suamiku merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan empat dan lima .Selepas habis SPM kami berkahwin.
Alhamdulilah kami bahagia bersama. Allah memberikan aku suami yang sangat terbaik. Tetapi di sebalik suka dan duka kehidupan, Allah menguji kami. Suami aku didapati menghidap penyakit jantung pada awal usia 25 tahun.
Betapa sedih dan risau melihat suami aku dalam keadaan begitu. Paling menyedihkan ketika suami aku teruja ingin menyambut hari lahir anak keempat kami tapi tak kesampaian kerana dia dimasukkan ke wad kecemasan.
Kek yang dibeli suami untuk anak kami yang bungsu tidak sempat dimakan. Aku masih terbayang betapa gembiranya suami aku memesan kek disebabkan anak kami lahir pada hari Merdeka, 31 Ogos, 2018.
Sungguh tidak aku menduga suami aku akan menghadapi serangan jantung yang teruk. Semoga suamiku cepat sembuh. Aku hanya mampu mendoakan kesihatan suamiku yang tercinta. Semoga cinta dan kasih sayang kita kekal hingga ke Jannah.
Kredit Gambar: Daya
Kisah ini dikongsi oleh Daya untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar