Education | Pendidikan

#GempakSpot: Kongsi Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala, Kalau Pakai Tudung Mesti Lagi Rajin Syampu Rambut

gempak
Gempak Spot
09/07/2019
19:01 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Kongsi Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala, Kalau Pakai Tudung Mesti Lagi Rajin Syampu Rambut
Nak kongsi sikit pasal ilmu cuci rambut / kepala yang aku dapat dari hairstylist (pendandan rambut) aku. Wah macam ada hairstylist peribadi. Dia ada kedai gunting rambut sendiri di Selangor. Kiranya, kalau aku nak potong rambut dulu, aku akan pergi kedai dia sebab perkhidmatan dia bagus.
Rambut perlu dicuci sekurang-kurangnya sekali sehari. Wajib. Mesti cuci dengan syampu. Bukan basahkan pakai air sahaja tapi syampu rambut setiap hari!
Terutamanya mereka yang bekerja di kawasan yang terdedah dengan udara kotor, cahaya matahari. Buat semua wanita Muslim yang bertudung, cuci rambut, syampu rambut sekurang-kurangnya sehari sekali. Jangan skip!
Sebabnya mengikut apa yang hairstylist aku cakap, ianya penting untuk mencuci semua kotoran di rambut dan kulit kepala. Malaysia ini panas ya kawan-kawan, kulit kepala kita pun pandai berpeluh. Bila berpeluh, minyak akan dikeluarkan dari rongga-rongga di kepala.
Bila kulit kepala berminyak, rambut senang gugur, kelemumur senang naik. Macam mana nak selesaikan? Syampu. Cuci rambut dan kulit kepala untuk membuang minyak berlebihan ini.
Lagi-lagi mereka yang bertopi atau bertudung. Lagi panas, lagi banyak berpeluh dan minyak keluar. Lagi senang rambut nak gugur, kelemumur naik. Sebab itulah kita perlu mencuci rambut dan kulit kepala sekurang-kurangnya sekali sehari.
Aku sedar yang perempuan bertudung tak semuanya rajin nak syampu rambut. Ada tu, seminggu sekali. Tak masam ke rambut tu? Tak bau hapak? Janganlah sampai kepam rambut tak syampu sampai seminggu.
Aku pakai tudung, aku tahu macam mana keadaan rambut dan kulit kepala waktu musim panas. Berminyak, gatal. Lepas cuci rambut dengan syampu, rasa lega sangat. Dan aku akan syampu sekali sehari. Tak akan mengelak atas apa juga alasan walaupun musim hujan.
Perempuan tak bertudung selalunya kena syampu setiap hari sebab mereka tak nak orang lain hidu bau busuk rambut tak syampu. Jadi, nak tak nak, kena syampu. Perempuan bertudung boleh ‘cover’ dengan menyembur minyak wangi pada tudung. Tapi percayalah cakap aku, bau masam itu akan terlepas juga ke udara.
Jadi tolonglah jaga kesihatan rambut dengan mencucinya setiap hari. Gunakan syampu yang sesuai. Cuci, urut sikit kulit kepala dan bilas bersih-bersih. Jangan tinggalkan sisa syampu di rambut dan kulit kepala.
Jangan percaya cakap orang tak boleh syampu rambut setiap hari nanti rambut gugur lah, nanti botak lah, nanti itu lah, ini lah. Semua itu palsu.
Sama macam mandi. Kenapa anda perlu mandi setiap hari? Kena mandi pakai sabun. Sebab nak bersihkan badan dari debu, kotoran, minyak (peluh) yang keluar dari rongga badan. Bayangkan tak mandi atau mandi tak bersabun. Berapa kilo daki melekat kat badan?
Seterusnya, kenapa ada kelemumur?
Ada banyak sebab, tapi salah satu sebab yang aku rasa ramai tak tahu atau tak sedar adalah sebab putaran waktu tidur kita. Jangan tidur lambat. Kalau tidur lambat, kelemumur naik. Ini memang terbukti sebab aku dah cuba tengok sejauh mana kebenarannya.
Hairstylist tu cakap, bila kita tidur lambat, kita akan kacau metabolisme serta hormon badan kita. Dan salah satu kesan kalau tidur lambat adalah kelemumur. Mula-mula aku tak percaya, tapi aku buat eksperimen. 3 - 4 hari aku tidur lambat (lepas 12:00 tengah malam), boom! Kelemumur menyerang.
Lepas tu aku tidur sebelum 12:00 tengah malam, ikut jadual tidur aku yang biasa, kelemumur kurang secara mendadak. Hakikatnya dalam dua minggu lepas aku tidur lambat sebab tengok TV, kelemumur naik. Lepas tu minggu ni pula aku tidur awal sebab dah mula kerja, kelemumur kurang dan hampir tak ada.
Jadi, jangan tidur lambat. Kalau tak kepala kau bersalji dengan kelemumur. Kau pakai anti-dandruff shampoo pun tak akan berkesan kalau kau tak tetapkan waktu tidur kau.
Jangan ingat penjagaan rambut dan kulit kepala ini hanya tertakluk kepada kaum wanita sahaja, okay. Lelaki pun kena jaga rambut dan kulit kepala.
Ramai yang bertanya, syampu apa bagus, perapi apa yang sesuai dan macam-macam lagi. Sama juga macam penjagaan kulit dan alat solek, semuanya bergantung kepada jenis rambut dan jenis kulit kepala. Ada orang, pakai Head & Shoulders dah cukup, selesai 1001 masalah rambut dan kulit kepala.
Ada juga yang kena cari syampu berubat, dan perapi tertentu untuk keadaan kulit kepala dan rambut. Apa yang aku boleh cadangkan daripada pengalaman, kena cuba dan cari apa yang sesuai. Minta tolong dan tanya hairstylist.
Rambut pun perlukan rawatan, sama macam kulit muka kita atau kulit badan. Jadi kalau ada masa dan duit lebih, pergi buat rawatan rambut dan kulit kepala. Tak wajib, tapi bagus kalau dapat buat.
Orang salun selalu suruh aku buat, tapi aku malas (baca: tak ada sumber kewangan untuk rawatan rambut)
gunting hujung yang bercabang itu. Kalau tak nak ada rambut bercabang yang banyak di bahagian hujung, pergi trim rambut selalu. Sama macam bulu kucing, kena hantar grooming. Kalau tak, bergumpal. Jadi trim atau potong rambut anda.
Kredit Gambar: Google
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @SyazanaMI dan mendapat lebih 12 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024