Perkongsian seorang pengguna Twitter Aznie Afiza menggunakan akaun Twitter @aznieafiza tentang percutiannya menaiki ETS dan keretapi SRT ke Hatyai. Menurut beliau, percutian bersama rakan-rakannya dilakukan pada awal tahun 2019, sebelum adanya wabak Covid-19.

Pengalaman naik ETS KL Sentral- Padang Besar - Hatyai. Korang boleh beli tiket secara online dekat aplikasi KTMB atau boleh terus pergi KL sentral. Hari tu naik seawal jam 7:00 pagi dan sampai Padang Besar dalam pukul 11:00 pagi. Dalam ETS ni selesa sangat. Ada Cafe, surau, tandas dan tempat duduk yang selesa!



Jangan risau kerana setiap tempat duduk ada soket untuk korang charge apa-apa. Menghala ke Utara sana, tepi-tepi tu kita dijamu mata dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Seronok je dalam ETS tu sebab boleh berjalan-jalan dalam tu. ETS ni sampai Padang Besar je tau, bukan Hatyai.



Di Padang Besar tu nanti, korang kenalah pandai-pandai sewa van atau kenderaan lain untuk ke Hatyai. Aku dulu naik SRT Train pulak dari Padang Besar ke Hatyai. Memang rare sikitlah ala-ala keretapi dalam cerita hindustan tu. Ada tingkap manual kena tolak-tolak, bunyi hon-hon sepanjang jalan. Kagum sekejap.



tengoklah kami dah macam apa. kekerapan train ni tak silap 2 kali je sehari, pagi dan petang. Korang google lah siap-siap ya! Kalau tak, naik van atau kereta sapu kat Padang Besar tu pun okay je!

Sampai di Hatyai, korang boleh cari mana-mana Tuktuk untuk dibawa ke mana-mana. Kami ada kenalan di sana yang bawa Tuktuk. Nama dia Abe Mat, serupa orang Kelantan kita. Servis dan harga pun okay. Jadi sampai di stesen keretapi Hatyai tu, dia dah tunggu siap-siap untuk bawa ke Hotel.

Di Hatyai hotel murah-murah je. Paling best duduklah kat area Lee Garden Plaza, tepi-tepi jalan tu banyak orang jual makanan dan tempat urut kaki pun banyak! This is what I love the most. Di Hatyai korang boleh jalan cari makan kat Floating market dia! Seriously best, inilah Floating market tu!



Yang suka makan Dimsum tu, aku syorkan sangat, Dim Sum Chabura Hatyai. Kedai ni terkenal kot, memang ramai orang kat sini dan dim sum dia sedap! Ada lagi tempat best - Asean night market. Situ kain baju murah dan makanan banyak yang sedap-sedap. Makanlah puas-puas.



Balik daripada hatyai tu kami tak naik SRT dah dari Hatyai ke Padang Besar. Sebab dah penat berjalan kan, kami naik van di stesen bas. Ada banyak van dengan bayaran RM20 je seorang. Sampai Padang Besar, naiklah ETS semula ke Kuala Lumpur. Tiket ETS tu dalam RM160 pergi balik. Okaylah nak merasa naik train kan. Sumpah best!

Hatyai ni memang port makan yang paling best. Korang boleh cuba explore naik train! Untuk pengetahuan semua, trip saya ni Januari 2019. Sekarang ni sempadan masih belum dibuka kerana wabak Covid19. Nanti dah buka boleh cuba naik ETS. Mesti seronok ala-ala backpacker, sampai Hatyai kalau penat boleh urut-urut kaki, harga pun murah.



Kredit Gambar: Twitter @aznieafiza

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Aznie Afiza menggunakan akaun Twitter @aznieafiza dan mendapat lebih 15,000 Retweet dan lebih 25,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.