Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

#GempakSpot: "Mujur Dia Beritahu Kami, Kalau Tidak Bukan Seorang Dua Sahaja Dikuarantin, Mungkin Satu Jabatan Tutup"

Gempak Spot
04/11/2020 03:30 MYT
Kisah ini dikongsi oleh seorang doktor di bahagian OB-GYN di Twitter menggunakan akaun Twitter @DocMummy22 tentang seorang ibu hamil yang sempat berkongsi maklumat tentang suaminya yang disyakki positif Covid-19.

Seorang ibu hamil datang ke hospital kerana sakit kontraksi. Walaupun kesakitan, dia sempat memberitahu suaminya disyaki covid 19.

Doktor dan jururawat memakai PPE dan ibu selamat melahirkan anak setibanya di bilik khas di labour room. Swab diambil. Pesakit dan bayi diisolasi.

Keputusan swab pasangan suami isteri tersebut positif.
Saya berharap mereka cepat sembuh. Saya memuji tindakan ibu memberitahu maklumat penting walaupun jalan lahir dah terbuka 10cm.

Baby baru swab sebab result mak baru balik.

Bayangkan jika dia tidak beritahu kami. Instead of few people need to be quarantined, we might end up closing the whole department!

Kredit Gambar: Jonathan Borba

Nota: Gambar utama adalah gambar hiasan semata-mata

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @DocMummy22 dan mendapat hampir 4,000 Retweet dan lebih 4,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot

#Hamil #Hamil #GempakSpot #Positif