Perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @adlinamansor mengenai saudara lelakinya yang terpaksa menjalani operasi vacuum membersihkan paru-parunya.
Mula-mula my brother dimasukkan ke hospital kerana denggi. Selepas Denggi dah pulih, dia sebenarnya ada sakit lain. Dia ada jangkitan paru-paru akibat menggunakan vape.

Dia mula menggunakan vape sejak dua minggu lalu.. Niat nak berhenti rokok, tapi lain jadinya. Dan menurut doktor yang merawat, paru-paru dia ada macam fungus (kulat).

Semoga cepat sembuh brother. Kata dia, vape yang dia guna adalah water base (free base) Dia ambil yang free base untuk behenti daripada ambil nikotin.



Menurut kawan dia, vap ada dua jenis, iaitu nicotine base dan free base kot. Sebab kawan dia vape yang nicotine okay je. Apa-apa pun, tak payah vapelah semua.

Update : operation (vacuum) done, all is good.



Stop please! When I heard doktor cakap paru-paru dia selepas scan seperti ada tompok-tompok putih melekat pada paru-paru, dan doktor kata kena cuci dan agak menakutkan apabila mendengar penerangan doktor.



Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Kata Doktor, proses vacuum memang sedut semua yang melekat pada paru-paru dia.

Kredit Gambar: Twitter @adlinamansor

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @adlinamansor. Perkongsian beliau mendapat lebih 7,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]